Positif Covid 19 dah pulih dan dibebaskan. Tak sangka lelaki bongkarkan bagaimana cara dia tangani wabak ini supaya kekal hidup

Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari telah diumumkan oleh pihak kerajaan dan berkuat kuasa pada 18 hingga 31 Mac 2020. Langkah tersebut bagi mencegah penularan wabak COVID-19 yang semakin membimbangkan seluruh rakyat Malaysia. Disebabkan itu, ada pihak seakan-akan putus harapan sama ada disahkan positif atau baru saja disyaki menghidap virus tersebut. 

Pada 5 Mac 2020, saudara Ariffin Mamat telah disahkan positif wabak pandemik berkenaan namun baru sahaja disahkan bebas pada beberapa hari lepas. Meskipun belum ada lagi vaksin yang mampu mencegah virus tersebut, ia masih boleh dirawat jika setiap individu yakin bahawa boleh pulih seperti sedia kala.

“Virus COVID-19 seperti kita kena selsema dan badan kita sendiri boleh melawan kuman itu. Jadi, untuk diri kita melawan kuman, minda perlu positif dan kita kena ada harapan sembuh, jangan berputus asa.

Menurut Ketua Pengarah Institusi Koperasi Malaysia itu, dia walau bagaimanapun tidak mempunyai gejala yang jelas. Sedangkan penghidap lain ada yang memiliki simptom demam atau batuk. Selain bantuan ubat Ariffin sentiasa bersangka baik dan mengamalkan gaya hidup sihat, sekali gus menjadikan badannya secara autom@tik mampu untuk melawan virus terbabit.

“Kita jangan rasa sedih, takut dan menggunakan masa dengan sebaik mungkin dengan tidur yang cukup. Sebenarnya, apabila badan kita kuat dan menjaga kesihatan sebelum itu, kita akan mudah melawan penyakit,”

“Saya sebenarnya tidak ada simptom, hanya batuk sikit-sikit. Kami (pesakit) ditempatkan di satu bilik dihuni empat orang, semua positif. Setiap orang ada simptom masing-masing, ada demam dan batuk.  “Ubat yang diberi hanya untuk melawan (memulihkan) simptom (seperti batuk). Jadi badan kita kena kuat dari segi mental, emosi supaya kita positif dan kuat melawan virus ini. Virus tidak mahu ada dalam badan apabila kita kuat,”

Sejurus mendapat tahu kontak rapatnya telah dikaitkan dengan COVID-19, lelaki ini terus membuat saringan bagi mengurangkan risiko penularan terhadap orang sekelilingnya. Susulan kejayaan menikm@ti semula hidupnya, dia berterima kasih kepada para petugas kesihatan yang sentiasa memberikan khidmat cemerlang dalam merawat mereka yang dijangkiti virus korona ini.

“Virus ini sangat senang berjangkit. Selepas mengetahui ada kontak pada satu majlis yang saya hadiri disahkan positif, saya terpanggil membuat saringan. Saya juga mengambil langkah proaktif untuk mengenal pasti kontak rapat,”Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Facebook BH Online, Ariffin Mamat

Be the first to comment on "Positif Covid 19 dah pulih dan dibebaskan. Tak sangka lelaki bongkarkan bagaimana cara dia tangani wabak ini supaya kekal hidup"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*