Hospital China makin kosong. Tak sangka China berjaya tangani Covid 19 gara gara lakukan ini sahaja. Terkejut siap boleh hantar pakar kat Itali lagi

INISIATIF kerajaan Ch1na dalam membendung penularan wabak COVID-19 sehingga angka jangkitan virus berkenaan di negara itu berhasil ‘dikawal’ boleh dianggap suatu kejayaan. Walaupun wabak itu masih mencatatkan peningkatan di seluruh dunia, Ch1na sebaliknya berjaya mengawal penularan itu.

Setakat ini, Ch1na merekodkan sejumlah 81, 029 kes, dengan peningkatan sebanyak 22 kes sejak Sabtu. Berdasarkan statistik, ia jauh lebih kecil berbanding peningkatan dalam tempoh 24 jam di Britain dengan 208 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

CHINA BERJAYA KAWAL COVID-19.

Gambar ini menunjukkan sebuah hospital sementara yang meraikan mereka berjaya mengosongkan dan menghantar pulang pesakit. Menurut Mi Seng, jurucakap National Health Commission di dalam sidang akhbar di Beijing menyatakan di China situasi telah terkawal. Rabu lepas sahaja hanya 8 kes dilaporkan di luar Wuhan yang mendapat wabak ini.

Malah mereka menghantar 9 orang pakar dan 3 tan bantuan perubatan kepada Itali pada khamis lepas bagi membantu Itali mengatasi wabak ini. Bagaimana mereka berjaya lakukan?  Saya terbaca tentang perkongsian dari rakyat Malaysia di Chingqing China tentang bagaimana mereka lakukan.

Saya ringkaskan ke bahasa Melayu supaya lebih ramai faham. Menurut beliau bukan hanya Hubei dan Wuhan yang dikurantin malah seluruh China. Ketika kurantin hanya seorang wakil isi rumah yang dibenarkan keluar untuk mendapat barang keperluan penting setiap 2 ke 3 hari.

Keperluan penting bermaksud hanyalah kedai barangan keperluan, supermarket, farmasi, klinik yang penting sahaja dibuka. Tidak boleh melepak, berjalan tanpa tujuan. Jika berlaku, pihak polis akan menasihatkan mereka balik ke rumah. Semua orang perlu menyemak suhu sebelum memasuki mana mana bangunan.

Kurantin ini berlaku selama 40 hari di sana. Termasuklah tiada sekolah dan ke tempat kerja. Jika keluar ini yang mereka lakukan. 1. Memakai topeng muka. 2. Membawa hand sanitizer bersama mereka. 3. Keluar rumah, jika pegang butang lif mereka akan sanitize tangan sebelum masuk ke dalam kereta dan pegang barangan lain.

4. Tidak memegang muka terutama hidung, mata dan mulut. Jika perlu mereka akan sanitise dahulu dan menggunakan baju bahagian dalam untuk lap. 5. Selepas membeli barang, masukkan barang di dalam kereta dan sanitise tangan. 

6. Balik rumah, basuh tangan dengan sabun, tanggalkan mask dan gantung di kawasan berudara untuk dipakai semula. 7. Tukar baju, basuh baju dengan air suhu 60 celcius dan terus mandi. 8. Sanitise barangan dibeli termasuk plastik dan bag pakai semula. 9. Sanitise kunci kereta, pemegang pintu, dan handphone. 

Mereka di China semua menggunakan e wallet. Jika gunakan duit mereka akan sanitise juga. Mungkin sedikit sebanyak info di atas dapat memberi panduan kepada kita. Saya tulis post ini supaya ibu ayah saya juga faham. Kerana mereka yang paling berisiko tinggi adalah mereka yang berusia 50 tahun ke atas.

Sampaikanlah kepada ibu bapa anda supaya kurang keluar rumah. Tak lama sekejap sahaja. Jadilah orang yang bijak belajar dari pengalaman orang lain. Cepat buat cepat habis wabak ini.

Penutupan seluruh bandar

Ch1na telah melakukan kerja-kerja pembendungan terbaik dengan mengisytiharkan darurat ketat pada 23 Januari lalu di Wuhan serta 15 bandar lain di wilayah Hubei bagi mengekang wabak itu daripada terus menular. Seramai 56 juta penduduk terkesan dengan pengisytiharan itu di mana semua pintu pengangkutan awam

(bas, keretapi, penerbangan dan feri), premis perniagaan, kilang-kilang, pejabat serta sekolah turut ditutup rapat. Malah, petugas kesihatan turut dikerahkan dari seluruh Ch1na hanya untuk membantu merawat pes@kit yang dijangkiti virus yang menjangkit itu.

Pembinaan dua h0spital

Dua h0spital juga dibina hanya dalam masa dua minggu bagi menampung jumlah pes@kit yang semakin meningkat setiap hari. Bukan sahaja langkah pembendungan dilakukan di negara itu, malah usaha pengawalan dan pengawasan turut dipertingkat dari semasa ke semasa.

Makluman di media sosial

Pihak kerajaan turut menggunakan platform media sosial serta aplikasi mudah alih bagi mengawasi pergerakan di kawasan yang dikategorikan mengikut warna iaitu hijau, kuning dan merah.

Proses nyahkuman yang kerap

Setiap jalan dan bangunan turut dibersihkan dengan penyemburan cecair pembasmi kuman yang dilakukan dengan kekerapan yang maksimum.

Penggunaan cahaya UV

Firma pengangkutan awam Yanggao mengubah kebuk pembersihan bas henti-hentinya kepada kebuk cahaya UV untuk tujuan nyahkuman pada rangkaian basnya. Proses yang sebelum ini mengambil masa 40 minit ditambah baik hingga hanya memerlukan tempoh 5 minit bagi setiap bas.

Topeng muka diwajibkan

Semua rakyat turut diwajibkan memakai topeng muka jika menaiki teksi atau ke pasar raya untuk mendapatkan bekalan makanan dengan kerja-kerja bacaan suhu turut menjadi kewajipan semasa memasuki sesebuah bangunan.

Pergerakan dipantau

Selain itu, seluruh kejiranan turut dikawal oleh penguat kuasa yang melakukan rondaan serta pemeriksaan keluar masuk terhadap pelawat yang berkunjung ke sesebuah kawasan perumahan.

Penguatkuasaan ketat

Ch1na juga turut memperketat sistem pengkuatkuasaan tentera dan polisnya dengan menahan serta mengurung individu yang melanggar kesalahan di kala penularan wabak tersebut.

Pesanan khidmat masyarakat

Bagi langkah pencegahan, pesanan khidmat masyarakat juga sering disebar luas kepada orang awam dengan mengalakkan mereka mencuci tangan dengan lebih kerap dan mengurangkan perjalanan agar tidak membebankan penguat kuasa kesihatan. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : AstroAwani & Thestar

Be the first to comment on "Hospital China makin kosong. Tak sangka China berjaya tangani Covid 19 gara gara lakukan ini sahaja. Terkejut siap boleh hantar pakar kat Itali lagi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*