Alvin Chong terpaksa dikuarantin. Tak sangka ini punca mengejutkan Alvin Chong kena asingkan diri dari semua orang. Terkedu ini yang terjadi dirumahnya

PENYANYI dan pelakon, Alvin Chong akur dengan arahan kerajaan meminta mana-mana individu yang baru pulang dari luar negara menjalani ujian saringan kesihatan dan dikuarantin selama 14 hari. Alvin, 29, yang kini dalam perjalanan pulang dari Amerika Syarikat memaklumkan akan mematuhi peraturan ditetapkan setibanya di Malaysia.

“Sekarang saya dalam perjalanan pulang ke tanah air dari Amerika Syarikat. Saya maklum berkenaan arahan di keluarkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. “Jadi, apabila di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) nanti, saya akan buat ujian saringan kesihatan yang disediakan.

“Saya juga akan kuarantinkan diri selama 14 hari seperti yang dinasihatkan. Cuma apa yang dirisaukan sekarang di rumah tidak ada barangan makanan dan keperluan harian. Apa-apa pun, doakan saya tiba dengan selamat,” katanya. Alvin berada di sana bagi tujuan percutian peribadi selepas terbabit penggambaran drama.

Alvin ambil berat soal kesihatan semasa di Amerika Syarikat. Bagi membendung penularan wabak Covid-19, penyanyi lagu Tak Terganti ini memberitahu dia menitikberatkan soal kebersihan dan kesihatan sepanjang berada di Amerika Syarikat. “Ketika berada di tempat duduk pesawat, saya pastikan ia bersih dan ‘hygiene’ terlebih dahulu. 

“Malah, saya juga tidak terlepas daripada menggunakan topeng muka, losen tangan dan cecair pembasmi kuman (hand sanitizer). Alvin kuarantin diri selama 14 hari. “Jadi, jangan risau semua. Saya juga tidak mahu ada apa-apa yang berlaku. Jadi, pencegahan awal itu lebih baik,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi artis yang baru pulang dari Amerika Syarikat iaitu Jannine Weigel turut menjalani tempoh kuarantin. “Saya baru tiba dari Amerika Syarikat dan perlu berada di rumah dan kuarantinkan diri sepanjang tempoh seminggu ini. Mungkin tidak banyak aktiviti yang boleh dibuat.

 “Jadi, sosial media saya juga tidak banyak yang boleh dimuat naik. Apa yang boleh dikongsi, saya akan berkongsi kepada anda,” katanya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: mstar

Be the first to comment on "Alvin Chong terpaksa dikuarantin. Tak sangka ini punca mengejutkan Alvin Chong kena asingkan diri dari semua orang. Terkedu ini yang terjadi dirumahnya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*