Tular cake kahwin terjatuh atas jalan tar. Reaksi lelaki ini buat warganet terkejut. Tak sangka ini tindakan dia.

Majlis perkahwinan dipenuhi dengan pelbagai aksi dan ragam baik dari keluarga pengantin lelaki mahupun keluarga pengantin perempuan.  Acara memotong kek juga merupakan acara yang dinantikan oleh pengantin serta kedua belah pihak keluarga. Namun bagaimana pula jika kek yang ditempah jatuh di atas jalan raya sebelum acara bermula? 

Baru-baru ini viral di media sosial video seorang pemuda yang menjadi pengapit pengantin sedang membawa kek kahwin. Malangnya kek tersebut jatuh ke atas jalan raya dan gagal menyelamatkan kek kahwin sahabatnya itu. Reaksi pemuda itu sangat menarik perhatian warganet hingga ada yang menjadikan ianya sebagai jenaka dan disunting sebagai meme. Video tersebut dimuat naik oleh Aiman Ariff menjadi viral di media sosial terutama di Twitter.

Rata-rata warganet menganggap kejadian tersebut melucukan namun ada yang mendakwa video tersebut telah dirancang terlebih dahulu. Ada juga yang meyelar individu yang merakam video tersebut kerana tidak membantu. Walau apa pun, tertanya juga apa kesudahan kejadian tersebut dan apa reaksi pengantin melihat kek kahwin yang sudah bertukar rupa itu.

Petua Supaya Kek Tahan Lebih Lama

Hi Assalamualaikum pembaca semua! Mesti ramai dekat sini yang suka buat kek untuk makan sendiri atau hidangan tetamukan. Lepas tu tak habis sebab portian dia banyak sangat, awak simpan dalam peti sejuk supaya boleh mengulang semula bila teringin nanti kan. Ada yang tanya Kak Riez, macamana nak simpan kek supaya tahan lama?

So harini Kak Riez share sikit tips-tips yang mungkin anda dah tau, atau mungkin ada tambahan untuk kita sama-sama dapat manfaat dan in sya Allah boleh buat kek yang awak simpan tahan lebih lama. Takde lah membazir kan.

Back to bisnes, kita nak bincang isu bagaimana nak buat kek yang disimpan tahan lebih lama. Biasanya kek (kek mentega atau kek span) tahan 3 – 5 hari pada suhu bilik. Ketahanan kek bergantung kepada bahan yang digunakan,cara pembakaran,kebersihan,suhu bilik dan lain-lain.

Cara Simpan Kek Dengan Betul:

Untuk kek kosong (tanpa aising) , balut kek dengan plastic wrap.Masukkan dalam plastic container dan letak dalam almari. Jika mahu tahan lebih seminggu, masukkan dalam peti sejuk bahagian chiller. Kek juga boleh di frozen hingga 3 bulan. Simpan dalam peti beku sehingga digunakan. Untuk kek berhias dengan ising krim mentega, krim segar atau coklat, eloklah disimpan dalam plastic container/kotak kek dan letakkan dalam peti sejuk bahagian chiller. Kek ber ising tidak sesuai di frozen. Untuk kek yang sudah dipotong, simpan potongan yang tidak habis itu ke dalam bekas bertutup supaya tidak kering.

Be the first to comment on "Tular cake kahwin terjatuh atas jalan tar. Reaksi lelaki ini buat warganet terkejut. Tak sangka ini tindakan dia."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*