Tak sampai seminggu Abam pergi tapi Ali dah meroyan kat ig. Tak sangka Ali Puteh kena sound dgn warganet yg kononnya dia gentle sgt

Nampaknya kontroversi yang melanda terhadap pelawak Ali Puteh ini masih belum berpenghujung, semuanya berlaku semenjak permergian abangnya Abam Bocey bulan lalu. Terbaru, Ali Puteh ada buat satu kenyataan dimana dia mencabar warganet yang mengkritik untuk bersemuka kalau terlalu berani di alam maya.

Bismillah, ayuh berdepan. Komen-komen mintak gentle, berdepan empat mata baru sedap. Saya pelawa ni, bila-bila masa sahaja” – Ali Puteh. Krisis melanda apabila Ali Puteh secara tiba-tiba muat naik satu pos menzahirkan rasa marah kepada kakak iparnya yang merupakan balu kepada Abam.

Ia berpunca daripada kenyataan yang dided@hkan oleh kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali terhadap apa yang terjadi kepadanya selepas suaminya telah pergi buat selamanya. Pended@han itu dibuat menerusi IG Live Dato’ Aliff Syukri saat sedang melawat ke rumahnya. Susulan itu, Ali Puteh ada mengeluarkan kenyataan di media sosial dengan menyifatkan Hidayah seorang yang berhati binaaatang sebelum ia dipadamkan.

Sejak dari itu lah, Ali Puteh dihujani dengan bermacam-macam kritikkan di media sosial dan bermacam-macam perkara yang berlaku sehingga melibatkan hal keluarga. Berikutan dengan kritikan yang tak henti-henti membanjiri di akaun media sosial, Ali Puteh ada membuat satu kenyataan dimana di mencabar mana-mana warganet yang hentam dia untuk bersemuka kerana di alam maya itu nampak macam tak gentle.

Kenyataan yang dibuatnya itu viral di Twitter, ramai netizen membalas semula kenytaan itu dengan perlian sinis. Bukan kau ke yang maki kak ipar sendiri dekat IG tak sampai seminggu lepas suami dia pergi buat selamanya? – Warganet.  Mereka kritik Ali dengan mengungkit semula tindakan Ali yang maki hamun kakak ipar sendiri melalui IG yang menjadi punca namanya terpalit dengan kontroversi ini. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Tak sampai seminggu Abam pergi tapi Ali dah meroyan kat ig. Tak sangka Ali Puteh kena sound dgn warganet yg kononnya dia gentle sgt"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*