Sampai skrg masih nangis. Tak sangka Mawar Rashid masih sentap dengan isu Mawar GST. Terkejut warganet tengok kelakuan Mawar

KUALA LUMPUR: Pernah digelar ‘Mawar GST’, Mawar Rashid mengaku masih ‘sentap’ dengan kejadian diperli warganet apabila mengaku tidak tahu mengenai cukai itu, ketika bersaing pada program pencarian remaja, kira-kira lima tahun lalu. Buktinya, pada tayangan video sempena pelancaran produk kosmetik yang diusahakannya, baru-baru ini,

Mawar tidak mampu menahan air mata apabila klip temu bual mengenai Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada saringan Dewi Remaja 2014/2015, dipertontonkan semula. Tayangan video yang disunting ahli keluarga tanpa pengawasan pelakon ini, pantas membawa ingatan Mawar kepada kejadian berkenaan yang disifatkannya, detik paling teruk dalam hidup.

“Kalau boleh, saya mahu buang jauh kisah itu. Tapi saya belajar banyak perkara. Insiden itu menyebabkan saya jatuh ‘terduduk’. “Hakikatnya, saya bukan sengaja tidak menjawab soalan mengenai GST. Ketika itu, saya hanya jadi diri sendiri, namun, orang nampaknya tidak boleh terima. “Pada detik itu, saya gementar dan tergamam hingga jadi mengarut… Saya terlalu lurus,” katanya kepada BH Online.

Mawar yang mengusahakan produk kosmetik, Mawarose by Mawar Rashid teringat fitnah dan kritikan yang diterima selepas kejadian GST itu. “Saya dituduh tidak pandai. Tapi saya bukanlah tidak pandai. Saya dapat 4A masing-masing pada Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), saya dapat 5A.

“Andai saya tidak bijak, buat apa saya sambung pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan. “Saya kumpul dan bina semangat dengan sokongan keluarga, peminat dan kawan-kawan. Saya jadi lebih kuat. Saya juga belajar berdiam diri dan buktikan dengan kejayaan dalam bidang diceburi,” katanya.

Pada pelancaran produk itu, Mawar turut memperkenalkan lagu ‘jingle’ berunsur K-pop ciptaan Amir Hassan. Lirik lagu itu dicipta Mawar; suaminya, Raf Yaakob; abangnya, Arfan dan Amir. “Lagu ini akan dimuat naik di YouTube. Saya pernah merakamkan sebuah lagu untuk projek telefilem, dua tahun lalu.

“Insya-Allah jika ada rezeki, saya mahu merakamkan single komersial, suatu hari nanti,” katanya yang menjual produk kosmetik melalui mesin layan diri di sebuah lokasi, tidak lama lagi. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: bharian

Mawar Rashid imbau kejadian dikritik kerana tak tahu GST – “Saya trauma dan takut nak bercakap”

Mawar trauma selepas dikritik teruk gara-gara tidak tahu mengenai pelaksanaan GST pada empat tahun lalu. PELAKON Mawar Rashid pernah mengalami trauma selepas menerima krtikkan gara-gara tidak tahu mengenai pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) ketika terlibat dalam pertandingan Dewi Remaja 2014/2015 empat tahun lalu.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid, 24, berkata ketika itu dia menjadi takut untuk bercakap dan badan menjadi sejuk serta berpeluh setiap kali ditemu bual. Bagaimanapun, dia bersyukur selepas berkahwin, suaminya Raf Yaakob banyak mengajar dia untuk mendapatkan keyakinan semula.

“Kalau kena kritik sedikit itu, saya faham la sebab biasalah haters ini ada yang hati baik dan tak baik. Tapi bila satu Malaysia kritik itu memberikan tekanan berbeza kepada saya. Sokongan peminat dan adik kepada Mawar. “Selepas tamat program itu, kalau ada orang nak temu bual saya jadi kaku, macam trauma. Saya nak bercakap jadi takut, badan jadi sejuk dan berpeluh.

“Tapi Alhamdulillah sejak bertemu suami saya, dia banyak mengajar cara macam mana nak jadi yakin semula,” kata Mawar menerusi temu bual Majalah Remaja. Sebelum ini, video Mawar tidak tahu mengenai pelaksanaan GST ketika terlibat dengan pertandingan tersebut menjadi viral dan menerima kritikan warganet.

Mawar dianggap tidak bersedia dan mengambil tahu tentang perkembangan semasa yang berlaku dalam negara. Dalam pada itu, Mawar memberitahu sehingga kini dia masih berasa belum bersedia memberi penjelasan mengenai kontroversi tersebut namun menganggap apa yang berlaku menjadikan dia lebih matang.

Suami banyak mengajar Mawar untuk kembalikan keyakinan. “Sebenarnya waktu itu saya tak bersedia nak bagi penjelasan dan sampai sekarang saya tak sedia. Terlalu banyak tekanan, macam terkena kejutan satu Malaysia cakap bukan-bukan tentang saya. “Bagi saya, anda semua tak ada hak nak mencaci orang lain. Sebab kita semua ada perasaan walaupun kita artis. Tapi apa-apa pun, apa yang terjadi itu membuatkan saya jadi lebih matang.

“Sekarang ini dah macam kalis dengan semua itu. Bila ada yang kritik, saya kata pada diri sendiri yang sebelum ini pernah kena lagi teruk. “Saya bangkit semula dan bersyukur orang ada orang disekeliling saya iaitu keluarga, rakan dan peminat yang sentiasa sokong,” ujarnya.

Sumber mstar

Be the first to comment on "Sampai skrg masih nangis. Tak sangka Mawar Rashid masih sentap dengan isu Mawar GST. Terkejut warganet tengok kelakuan Mawar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*