Meroyan sampai deactive acc ig. Tak sangka bila warganet nasihat Ali Puteh tapi ini tindakan mengejut Ali. Warganet tergamam dgn kelakuan Ali.

Pelawak Ali Puteh sekali lagi meluahkan rasa geram di laman sosial miliknya semalam. Ali mencabar warganet yang sering mengatanya dan memaaakinya untuk berdepan secara empat mata. “Kalau nak maki atau h1na saya jangan di Instagram. Sebab tak gentle. “Mesej saya jumpa depan-depan baru gentle. Ayuh!! Jumpa.. “Saya cabar berdepan ni terima kasih,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikutnya meminta Ali bersabar serta tidak melayan kata-kata kesat yang dilemparkan itu. “Ali..Jangan layan warganet..Tutup mulut diam lebih baik. Lagi kita lawan lagi banyak syaitan rasuk. “Adik Ali bawa banyak-banyak bersabar ye. Mungkin Allah nak duga kita, saya peminat Abam dan awak.

“Benda boleh bawa bincang. Brtekak bukan cara dia. Mau duk rilek ja..Komen negatif jangan layan, benda simple. “Sabar Ali sabar..Allah sedang menguji kamu. Lagi kamu melenting lagi syaitan tu bersorak bertepuk tangan. “Korang ni takda kerja lain ke nak kritik orang macam hidup korang tu sempurna sangat.

Saya doakan Ali dipermudahkan segala urusan dan akan sentiasa sokong Ali. Dugaan hebat untuk orang yang hebat,” antara komen-komen yang ditulis. Namun, terdapat segelintir pengikut yang memberi gelaran panas baran terhadap Ali. Menerusi pemerhatian, akaun peribadi tersebut telah dinyahaktifkan.

Terdahulu, Ali sering berkongsi foto bersama abangnya, Allahyarham Abam Bocey di samping meluahkan rasa rindu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : gempak

Raih perhatian memang jenis tak reti jawab komen elok elok. Tak sangka Ali keluarkan kata kata kesat bila warganet cuba nasihat Ali untuk berdoa. Langsung tak sama dgn abang

Pemergian Abam rentap separuh jiwa adiknya, Ali Puteh yang sama-sama susah dan senang mencari rezeki membina nama dalam industri hiburan demi menyara keluarga. Sebulan selepas pemergian Abam Bocey, Ali Puteh muat naik gambar kenangan bersama ketika zaman kanak-kanak-kanak.

Kapsyennya, “Andai dapat Ku undurkan putaran dunia… Kiri itu sy.. kanan Tu abam… abanggg!! angah rindu abang lah!! Mak rindu abang!! Along rindu abang.. adik rindu abang.. tggu Kami disana ye bang..” Di ruangan komen ada yang menyamakan wajah anak Abam iaitu Hamzah memang mirip benar dengan bapanya ketika kecil.

Ada juga yang mencadangkan supaya Ali membawa ibunya untuk berjumpa Hamzah bagi mengubat kerinduan terhadap Abam. Ramai yang tak putus-putus mengutuskan doa dan mengucapkan takziah. Namun ada pula yang mend@kwa perkongsian Ali ini hanya sekadar mahu mencari perhatian.

Apa yang buat terkejut adalah cara Ali yang dianggap k4sar dalam menbalas komen pengikutnya. Namun, ada juga warganet yang menyifatkan luahan Ali itu sekadar mahu mencari perhatian serta meraih simpati. Malah, ada yang terkejut dengan tindakan

Ali yang membalas komen jujur yang ditulis warganet dengan cara kasar sehingga ada yang melabelkannya seorang yang panas baran. Mungkin Ali masih tertekan. Kita tak berada di tempatnya, janganlah cepat menghvkum. Bagilah dia masa. Bukan mudah untuk menerima hakikat dan meneruskan kehidupan apabila kehilangan orang tersayang.

Mungkin sahaja Ali masih tertekan apatah lagi dihimpit kontroversi kemelut bersama kakak iparnya yang sehingga hari ini masih belum selesai. Kita tiada ditempatnya, mungkin hatinya masih rapuh jadi janganlah terlalu cepat menghukum. Doakan yang baik-baik sahaja.

Sumber Berita : Astro Gempak, beutifulnara.com

Be the first to comment on "Meroyan sampai deactive acc ig. Tak sangka bila warganet nasihat Ali Puteh tapi ini tindakan mengejut Ali. Warganet tergamam dgn kelakuan Ali."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*