Warganet terkejut dengan apa yang Menteri Hal Ehwal Agama buat sebelum ke Putrajaya. Tak sangka beliau sanggup buat macam tu.

Menyeru kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran adalah satu risalah agung dan tugas yang mulia dan suci. Risalah ini bermula semenjak Allah s.w.t. mencipta manusia, makhluk yang paling mulia di atas muka bumi.Begitu juga dengan para pend@kwah pada masa kini, tugas berd@kwah adalah penting dalam usaha membangunkan ummah yang seimbang dan berkualiti.

Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri tetap meneruskan rutin sebagai pend@kwah walaupun nama beliau sudahpun disenaraikan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), lapor Astro Awani. Dalam satu muat naik di laman Twitter, tokoh agamawan yang mesra media sosial itu juga memohon semua pihak agar mendoakan, membantu dan memberikan pandangan kepada beliau dalam menjalan tugas sebagai menteri.

 

Kita teruskan legasi pemimpin terdahulu, membina negara Malaysia yang berbilang kaum dan agama, dalam keredhaan-Nya,sejurus selepas pengumuman pelantikan sebagai YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), seperti biasa, saya terus menuju ke Masjid Slim River, Perak untuk menyampaikan Kuliah Maghrib bulanan di sana.⁣” ciap Dr Zulkifli.

Dr Zulkifli merupakan lulusan ijazah doktor falsafah dalam bidang Shariah dari Universiti Sains Malaysia.Beliau juga memperoleh ijazah pertama dari Universiti Islam Madinah dan sarjana dari Universiti Islam Arab dan Sains di Damsyik, Syria. Sejak 2005 beliau menghasilkan 300 buku dalam bidang akidah, undang-undang Islam, hadis dan Sufisme serta terjemahan dari Bahasa Arab.

Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dilahirkan di Terengganu. Beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di Universiti Madinah dalam bidang syariah. Berpeluang belajar secara talaqqi dengan beberapa ulama besar di Madinah. Kemudian, melanjutkan pelajaran ke Jordan dan di peringkat Sarjana (Master) di Syria, seterusnya di peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di Universiti Sains Malaysia (USM). Beliau ialah Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan (sejak 2000) dan Terengganu (sejak 2005) dan Pengerusi Majlis Syariah Bank Pertanian Malaysia (sejak 2006).

Sumber: Astro Awani

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Warganet terkejut dengan apa yang Menteri Hal Ehwal Agama buat sebelum ke Putrajaya. Tak sangka beliau sanggup buat macam tu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*