Sibuk tutup kat camera tapi selamba biar lelaki tu usha. Tak sangka ini tindakan berani Sherry bila warganet mengkritik pakaiannya

Walaupun pernah menerima banyak kritikan daripada warganet tentang seluar ketat untuk bersenam sehingga dia terpaksa menutup ruang komen di Instagram miliknya, Sherry Ibrahim kembali memuat naik gambar dan video memakai seluar yang sama.

Ketika itu Sherry memberikan alasan bahawa dia selesa, dan dia tidak perlu kisah dengan tanggapan warganet terhadap dirinya. Menurut Sherry lagi, ada wanita yang mengenakan pakaian sedemikian tetapi tidak tul4r, tetapi kerana dia seorang selebriti, apa yang dilakukannya akan menarik perhatian warganet.

Terbaru, Sherry memuat naik satu video pendek dia berada di dalam gimnasium memakai seluar yang sama. Paling menarik, terdapat lelaki yang sedang memandang ke arahnya dan pada masa yang sama Sherry meletakkan perkataan ‘Create, Don’t Hate’ pada bahagian tertentu di video tersebut.

Sekali lagi, warganet ‘mengerbu’ Sherry pada entri tersebut dengan pelbagai kata-kata. Ada yang mengkritik dan ada juga yang memberikan nasihat. Imbas kembali lakonan Sherry Ibrahim dalam Projek Memikat Suami pada telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi Astro GO di Google Play dan Apple Store sekarang! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: GEMPAK

Be the first to comment on "Sibuk tutup kat camera tapi selamba biar lelaki tu usha. Tak sangka ini tindakan berani Sherry bila warganet mengkritik pakaiannya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*