Wan Emir muat naik foto wanita mirip Mira Filzah. Tak sangka ini respon mengejut dari warganet.

Jejaka yang dikatakan telah mengambil hati Mira Filzah, Wan Emir Astar telah menjadi perhatian warganet apabila memuat naik sekeping foto yang dikatakan milik aktres drama Lelaki Kiriman Tuhan itu. Emir yang merupakan anak kepada Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid berkongsi sebuah coretan petikan yang ditujukan khas kepada semua wanita di dunia ini.

“Wanita. Di depan mahupun di belakang tabir, dalam apa jua situasi, suatu cahaya yang berkilauan, terus bergemerlapan menerangi naluri. “Di sebalik senyuman dan air mata, adanya kasih dan nadi kekuatan, sentiasa memberi dan tidak tahu erti henti.

“Ciptaan-Nya yang tak terganti luar biasanya. Selamat Hari Wanita Sedunia,” tulisnya. Walaupun foto berkenaan tidak jelas, namun rata-rata pengikut Emir yakin lantas ‘memetik’ nama Mira di ruangan komen itu. “Walau di sebalik tabir, tetap dikenali dari bentuk bayang-bayangnya.

“Tengok style tudung pun dah kenal siapa. “Cakap je la Mira Filzah. “Waa dua-dua orang dah mula dedhkan si dia masing-masing ni.. Semoga berjodohan. “Eh macam pelakon paling popularlah. “Bidadari Kiriman Tuhan @mfmirafilzah,” antara komen-komen peminat. Menerusi pemerhatian Gempak, Mira turut tinggalkan tanda suka di foto tersebut.

Mira atau nama sebenarnya Nur Amirah Filzah Badioezaman sering kelihatan tinggalkan komen di ruangan foto Emir yang dimuat naik kepada umum. Terdahulu, Mira mengakui sedang berkawan dan mengenali hati budi seorang lelaki yang bukan dalam kalangan penggiat industri hiburan.

Mira bagaimanapun masih tetap dengan pendiriannya mengunci mulut daripada mengulas mengenai identiti kekasihnya. Imbas semula lakonan Mira Filzah dalam drama Lelaki Kiriman Tuhan dan Sweet Dreams di telefon pintar anda melalui aplikasi Astro GO. Muat turun aplikasi GO di Google Play dan Apple Store sekarang.

Sumber: gempak

Be the first to comment on "Wan Emir muat naik foto wanita mirip Mira Filzah. Tak sangka ini respon mengejut dari warganet."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*