Tak sangka rupanya Ashraf Sinclair yang calonkan nama Zahirah dalam sebuah filem. Ini respon dari Zahirah bila dapat tahu cerita sebenar.

Pelakon Zahirah Macwilson tidak menyangka rupanya Ashraf Sinclair antara orang yang mencadangkan namanya untuk menjadi bintang utama filem Bulan & Pria Terhebat (BPT). Zahirah berkata dia sangat terharu kerana Ashraf mempercayai bakat lakonannnya untuk menjadi peneraju utama filem tersebut.

“Saya tak sangka dan sangat terharu apabila mengetahui Ashraf telah mencadangkan nama saya untuk lakonkan watak utama filem ini, ia sesuatu yang bermakna buat saya. “Bagi saya yang tiada pengalaman langsung dalam industri dan mendapat kepercayaan daripadanya adalah sesuatu yang akan saya kenang sampai bila-bila,” katanya kepada Gempak

Difahamkan, Ashraf hampir terbabit melakonkan watak antagonis iaitu Ricky dalam filem BPT. Bagaimanapun, dia tidak dapat memenuhi tawaran itu disebabkan terikat dengan komitmen lain di Indonesia. Bercerita mengenai pengalaman mengenali Ashraf, Zahirah akui pelakon itu seorang yang sangat positif dan suka memberi sokongan kepadanya.

“Saya masih ingat lagi dia memberi sokongan besar dan motivasi untuk saya buat yang terbaik. “Sebelum ini saya sudah mengenali dia. Cuma, untuk filem ini kami hanya dapat meluangkan masa sehari saja. Jadi, ketika itu saya dapat buat latihan pertahanan diri saja-saja.

“Dia sangat positif dan teruja dengan filem ini. Saya akui sangat sedih apabila dia tidak dapat bersama di sini,” katanya. Ashraf sepatutnya terbabit melakonkan watak antagonis iaitu Ricky dalam filem BPT. Bagaimanapun, dia tidak dapat memenuhi tawaran itu disebabkan terikat dengan komitmen lain di Indonesia.

Zahirah bakal muncul dalam filem pertamanya Bulan & Pria Terhebat pada 12 Mac ini. Selain Zahirah, Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi oleh Maya Karin, Khir Rahman, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.

Secara ringkas Bulan & Pria Terhebat arahan Ghaz Abu Bakar itu mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia membawa masuk ke dalam sindiket manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman bpa ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang pembunuh upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: gempak

Be the first to comment on "Tak sangka rupanya Ashraf Sinclair yang calonkan nama Zahirah dalam sebuah filem. Ini respon dari Zahirah bila dapat tahu cerita sebenar."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*