Tak boleh duduk diam. Akhirnya Safawi Rasid tampil buka mulut bagi respon padu bila dia dikatakan kaki perempuan. Tak sangka ini respon dari Safawi.

Ketika ini masih hangat di sosial media yang membicangkan perihal pemain bola sepak Safawi Rasid dan kekasihnya pelakon Syifa Melvin. Kisahnya bermula apabila Tengku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim mendedahkan terdapat seorang pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT) yang dipaksa berkahwin oleh teman wanitanya.

Bermula daripada situ, episod kisah Safawi Rasid dan kekasihnya Syifa Melvin mula diperkatakan satu persatu di ruang media sosial oleh warganet. warganet kemudiannya mula menuduh Syifa sebagai wanita pengikis apabila mengumpulkan bukti-bukti hadiah yang diberikan oleh Safawi kepada Syifa.

Tidak habis di situ, warganet pula mengumpulkan bukti-bukti bahawa Safawi adalah kaki perempuan dan tidak setia kepada kekasihnya. Kisah-kisah tersebut pastinya disambut oleh pihak media yang membuat laporan kisah antara mereka. Namun, Safawi tidak berpuas hati apabila kisah lamanya diungkit kembali, biarpun kisah itu dicungkil oleh pihak warganet.

Pada satu posting Instagram Stories miliknya semalam, Safawi sekali lagi meminta supaya tidak diungkit kisah lama, walaupun ianya ditujukan kepada media. “Assalamualaikum, hai media, jangan nak kaitkan benda ni lagi, benda ni dah lepas, kau nak laku kau punya akhbar macam-macam kau Throwback!!! “Kau kena jaga perasaan semua orang!!! Jangan nak up kau punya page!” tulis Safawi pada IG Stories miliknya.

Semalam ada pihak yang mengatakan Safawi dan Syifa tidak lagi mengikuti Instagram masing-masing, tetapi setelah diselidik, mereka masih lagi mengikuti antara satu sama lain.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Tak boleh duduk diam. Akhirnya Safawi Rasid tampil buka mulut bagi respon padu bila dia dikatakan kaki perempuan. Tak sangka ini respon dari Safawi."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*