Wany Hasrita akui sedang bercinta dan sudah mengenali jejaka ini hampir 10 tahun. Wany tetap pendirian tidak mahu tayang bf.

 

Berlainan dengan sesetengah artis yang suka menayang kekasih, berlainan pula halnya dengan Wany Hasrita. Penyanyi ini mempunyai pendirian untuk tidak mendedahkan jejaka yang berjaya menambat hatinya. Mengakui sedang angau bercinta namun Wany enggan bercerita lanjut mengenainya.

“Yang saya boleh cakap, saya tak kahwin tahun ini. Kami dalam proses mengenali hati budi seperti kata pepatah berkawan biar ramai tapi berkasih biar satu.“Selagi belum ada tarikh atau kad kahwin saya tak mahu komen apa-apa. “Kami berkenalan sejak 2010 dan dia bukan peminat saya pun. Cuma baru-baru ini saja kami membuat keputusan untuk lebih serius,” katanya kepada Gempak.

Tambahnya dia perlu menghormati individu tersebut sebelum memberi kenyataan yang boleh menjerat diri sendiri. “Kami sebaya dan saya perlu hormati kedua-dua bela pihak sebelum keluarkan apa-apa kenyataan lagi.  “Tetapi sesiapa yang mengikuti perkembangan saya di Instagram akan tahu siapa identiti lelaki itu,” tambahnya.

Sumber : Cari

Be the first to comment on "Wany Hasrita akui sedang bercinta dan sudah mengenali jejaka ini hampir 10 tahun. Wany tetap pendirian tidak mahu tayang bf."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*