Ini respon Michael Ang selepas anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Rata rata mengucap tahniah buat anak Michael Ang.

Pengarah kontroversi dan juga pelakon, Michael Ang membuat ramai orang terkejut apabila beliau berkongsi slip keputusan Siji Pelajaran Malaysia (SPM) didakwa milik anaknya di Instagramnya. Anaknya, Ryan Ang memperoleh 8A dalam semua mata pelajaran yang diambilnya.

“Salam semua. Tahniah kepada anakku! Tak sangka otak kau pandai. Tak sangka keturunan aku ada yang pandai belajar. Ingatkan pandai membeli-belah je,” tulisnya.

Menurut Mike, dia mengambil masa yang agak lama sebelum berkongsi keputusan cemerlang anaknya itu kerana bimbang dipandang riak. Namun, selepas membuat pertimbangan, Mike akhirnya tidak peduli dengan tanggapan orang dan memilih untuk berkongsi berita gembira itu di ruangan media sosial.

Ramai terkejut dengan pencapaian membanggakan anaknya dan tidak menyangka Michael Ang sudah mempunyai anak kerana selama ini ramai beranggapan dia masih bujang dan dia tidak pernah memuat naik gambar anaknya itu.Tahniah buat Michael dan anaknya, semoga dengan keputusan itu dapat mempermudahkan anaknya memasuki universiti kelak.

Sumber : Cari

 

 

 

Be the first to comment on "Ini respon Michael Ang selepas anaknya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM. Rata rata mengucap tahniah buat anak Michael Ang."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*