Dulu sibuk dgn masalah orang. Terkejut Dato Alif Syukri beri ank angkatnya pada seseorang. Tak sangka ini individu yang terpaksa jaga Ameena buat sekarang

SUSULAN kes lakukan sesuatu pada anak angkat, usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri diminta menyerahkan kanak-kanak itu di bawah jagaan pembantu peribadinya buat sementara. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, pihaknya menahan Aliff pada jam 3.30 petang, Khamis lalu bagi membantu siasatan.

Bagaimanapun, Aliff dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama. “Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Petaling Jaya sudah membuat penilaian dan menasihatkan m@ngsa diletakkan di bawah jagaan sementara pembantu peribadi Aliff.

“Sebelum ini, kami menerima laporan berhubung kejadian itu daripada seorang wanita warga Indonesia yang juga pembantu rumah kepada Aliff pada Sabtu lalu pada 3.45 petang. Aliff did@kwa lakukan sesuatu pada anak angkat.

“Hasil pemeriksaan awal dilakukan pihak h0spital mendapati terdapat kesan lebam di bahagian belakang badan anak angkatnya. Namun, pegawai perubatan tidak dapat mengesahkan bahawa kecederaan berkenaan adalah daripada perbuatan itu,” katanya.

Sementara itu, Nik Ezanee berkata, pihaknya sudah merakam percakapan pembantu rumah berkenaan dan saksi-saksi lain dalam kejadian terbabit. “Kami juga akan menyambung merakam percakapan beberapa saksi bagi melengkapkan siasatan itu mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

“Kertas siasatan kes berkenaan akan dikemukakan ke Pejabat Timbalan Pend@kwa Raya untuk arahan seterusnya,” katanya. Tular salinan laporan polis dan  rakaman video mengenai anak angkat Aliff Syukri. Sebelum ini, Aliff did@kwalakukan sesuatu pada anak angkatnya bernama Aminah Alip Shah dalam satu kejadian yang berlaku di kediamannya yang terletak di Petaling Jaya pada 28 Februari lalu.

Difahamkan pembantu rumah kepada pengasas produk Dherbs itu sendiri yang melaporkan kepada pihak polis sehari selepas kejadian tersebut. Suspek dikatakan memukul menggunakan tangan pada muka kanak-kanak terbabit semasa mahu merakam gelagatnya menangis untuk kandungan YouTube.

Terdahulu, tular salinan laporan polis yang yang turut tertera nama Datuk Seri Aliff Syukri dan anak angkatnya Aminah Alip Shah. Malah, Instagram usahawan kosmetik itu turut mula dibanjiri dengan komen warganet yang mahukan penjelasan berhubung isu ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Dulu sibuk dgn masalah orang. Terkejut Dato Alif Syukri beri ank angkatnya pada seseorang. Tak sangka ini individu yang terpaksa jaga Ameena buat sekarang"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*