Tak sangka ini keadaan mengejutkan terkini Syifa Melvin setelah tersebar isu kaki kikis kemaruk nak kahwin dgn Safawi Rashid

Sukan bola sepak telah menjadi sukan nombor satu di Malaysia malah di dunia. Mengikut perangkaan yang dilakukan Badan Induk Persatuan Bola Sepak Dunia (FIFA), peminat sukan bola sepak di dunia mencecah 260 juta.Tidak kurangnya di Malaysia, ia telah menjadi sukan yang menarik perhatian.

Pelakon Syifa Melvin yang dikaitkan sebagai punca kepada kemerosotan prestasi pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid tampil mempertahankan dirinya. Jelas pelakon drama #SisCuba ini, tuduhan pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim terhadapnya adalah tidak berasas dan dia menafikan dirinya penyebab kepada aksi longlai Safawi dalam tiga aksi kompetatif skuad Harimau Selatan setakat ini.

Kata Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin itu lagi, dia tidak pernah memberi tekanan kepada pemain kebangsaan yang memiliki kehebatan kaki kiri itu untuk berkahwin hingga menyebabkan Safawi hilang fokus.

Aksi merudum Safawi ketika ini nyata tidak disenangi oleh Tunku Ismail yang mend@kwa pemain kebangsaan itu tertekan kerana dipaksa berkahwin dengan Syifa. Malah, Tunku Ismail turut mended@hkan pelakon berkenaan hanya mahu menumpang di atas kekayaan dan populariti Safawi sebagai pemain bola sepak.

Tak pernah paksa kahwin, tak pernah mintak satu sen duit Safawi!! Demi Allah , Allah Maha Adil,” kata adik kepada Syatilla Melvin itu di laman story Instagramnya. Bagaimanapun, melalui semakan kali kedua, pelakon berkenaan difahamkan sudah memadamkan entri berkenaan.

Sebelum ini, hubungan kedua-dua merpati sejoli ini tidak perlu dirahsiakan lagi apabila Syifa pernah beberapa kali meluahkan tentang hubungan cintanya bersama pemain kelahiran Dungun, Terengganu itu. Syatilla juga terangkan bahawa dia bekerja keras sampai tidak cukup tidur atau rehat untuk biayai dirinya dan prestasi Safawi bermain bola tiada kena mengena langsung dengan dirinya. Dia juga menyatakan bahawa dia sering berdoa dan memberi sokongan kepada Safawi selama ini.

Malah, terbaru pada Januari lalu ketika menyambut hari kelahiran Syifa, pemain JDT itu dikatakan membuat kejutan dengan menghadiahkan sebentuk cincin kepada kekasihnya itu. Tindakan Safawi itu menguatkan lagi spekulasi bahawa pasangan itu kemungkinan bakal melangkah ke fasa lebih serius selepas ini.

Pemain bola sensasi negara, Muhammad Safawi Rasid melalui musim yang penuh cabaran pada tahun ini sama ada bersama pasukan kelab mahupun skuad kebangsaaan.Beliau menjadi watak penting dalam pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT). Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kredit:Hmetro

Be the first to comment on "Tak sangka ini keadaan mengejutkan terkini Syifa Melvin setelah tersebar isu kaki kikis kemaruk nak kahwin dgn Safawi Rashid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*