Jadi kambing hitam. Tak sangka bekas isteri Chef Fikree bongkarkan sesuatu. Terkejut bila ada orang kenakan dari dalam keluarga

Bekas isteri kepada Cef Fikree, Syarifah Zuriehan menasihati pasangan yang belum berkahwin agar menjaga aib masing-masing. Kata Zuriehan, sebagai peringatan seseorang individu itu sepatutnya mencari pasangan yang tidak suka memburukkan satu sama lain kepada orang luar.

“Ini peringatan pada diri sendiri juga. Carilah pasangan yang tak ringan mulut nak burukkan kita. “Kalau awal-awal sebelum kahwin dah cerita buruk pasal diri masing-masing, lepas kahwin akan jadi lebih banyak isu sebab belum kawin burukkan kita dekat kawan-kawan, pakwe makwe.

“Lepas kahwin burukkan kita dekat family. Jangan hairanlah kalau keluarga mertua asyik tak suka saja, dah kena sabotge dari dalam,” tulis Zuriehan. Mengulas lebih lanjut, tambah ibu tunggal itu, jangan jadikan pasangan sebagai kambing hitam demi kepentingan diri sendiri.

“Moral of the story, kalau tak suka cakap tak suka. Jangan jadikan pasangan sebagai kambing hitam. “Jangan depan pasangan pijak semut tak mahu tapi belakang perangai nauzubillah. Baca kes viral semalam terus muhasabah diri,” tambahnya. Nasihatnya lagi, pasangan terbabit seharusnya berbincang antara satu sama lain dan mencari jalan penyelesaian terbaik.

“Kalau betul pun si perempuan ajak kahwin, kalau suka dan sudi, kahwinlah. Kalau sudi tapi tak bersedia, sit down dan negotiate lah elok-elok,” katanya. Semalam tular kisah pasangan selebriti dan ahli sukan yang hanyut bercinta did@kwa mendatangkan masalah dan campur tangan pihak lain.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page Note Untuk Awak.Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber:Gempak

Be the first to comment on "Jadi kambing hitam. Tak sangka bekas isteri Chef Fikree bongkarkan sesuatu. Terkejut bila ada orang kenakan dari dalam keluarga"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*