Tak sangka akhirnya Nelydia Senrose bongkarkan sesuatu yang mengejutkan tentang rumahtangganya. Ramai terkedu bila tahu sebegini keadaan perkahwinan mereka

Dah nak masuk setahun berkahwin, Nelydia Senrose kata dia hanya menyerahkan rezeki untuk menimang anak pada ketentuan takdir. Katanya dia tidak meletakkan tempoh tertentu untuk menanti kehadiran cahaya mata. “Saya dan suami, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid tidak pernah merancang, cuma belum rezeki. Segala-galanya atas ketentuan Allah SWT.

“Jujurnya, pasangan suami isteri mana yang tidak menantikan kehadiran cahaya mata dalam rumah tangga. Saya dan suami sangat mengharapkan zuriat. “Cuma, kami tidak mahu terburu-buru. Kami menjalani kehidupan rumah tangga seperti biasa, tanpa rasa tert3kan,” katanya kepada BH Online.

Aktres ini berkata mungkin ada baiknya jika dia berbulan madu terlebih dahulu. Kami mahu nikm@ti hubvngan berdua sepuasnya. Kami banyak melakukan kerja bersama termasuk memasak. “Malah, saya sempat berbulan madu ke Jakarta, Tokyo, Hawaii, Las Vegas, New York dan Jepun bersama suami, tahun lalu. Lebih sebulan kami mengembara berdua menikm@ti lokasi indah.

“Seronok dapat menghabiskan masa berdua dari satu lokasi ke lokasi lain. Memang mem3natkan, tetapi momen inilah menjadi ruang untuk lebih mengenali antara satu sama lain,”tambahnya. Doakan sahaja yang baik-baik untuk Nelydia. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: cari

Nelydia Senrose selamat bergelar isteri ahli perniagaan

Nelydia kini bergelar isteri kepada Hafez. PELAKON Nelydia Senrose selamat bergelar isteri kepada ahli perniagaan Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, 35, dengan sekali lafaz pada Sabtu. Pasangan itu dinikahkan oleh bapa Nelydia iaitu Nik Sen Mat Rifin disaksikan Imam Masjid Jamek Kampung Baru, Azizi Abd Hamid kira-kira pukul 3.28 petang di sebuah hotel terkemuka di ibu negara yang dihadiri oleh kaum keluarga dan sahabat terdekatnya.

Sebelum pernikahan, pasangan ini telah mengadakan majlis pertunangan terlebih dahulu disaksikan lebih 200 orang tetamu. Hafez menyerahkan mas kahwin berjumlah RM10,000 kepada Nelydia selain sembilan dulang hantaran yang dibalas 11 oleh pengantin perempuan. Manakala, wang hantaran tidak dinyatakan.

Nelydia bersyukur majlis pernikahan dipermudahkan. Sementara itu, Nelydia yang anggun mengenakan persalinan rekaan Ezuwan Ismail meluahkan rasa syukur kerana majlis tersebut telah dipermudahkan. “Alhamdulillah impian, niat serta hajat yang saya harapkan selama ini dipermudahkan. Doa saya di Tanah Suci Makkah serta apa yang dihajati juga Allah makbulkan serta beri jawapan pasti termasuk hal jodoh.

“Semoga permulaan fasa ini akan terus mematangkan saya dan dia. Insya-Allah,” katanya. Nelydia bersama ibunya menyaksikan upacara akad nikah. Sebelum ini, pelakon drama Encik Suami Mat Salih Celup ini telah diraikan dalam satu majlis ‘bridal shower’ di sebuah hotel di ibu negara pada 3 Mac lalu.

Sepanjang tempoh tersebut, Nelydia mengunci mulut dan tidak berkongsi butiran lanjut mengenai majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung. Pemilik nama penuh Nik Zaris Nelydia Nik Senrose, 24, itu menjalinkan hubungan cinta dengan Hafez sejak April 2018.

Sumber mstar

Be the first to comment on "Tak sangka akhirnya Nelydia Senrose bongkarkan sesuatu yang mengejutkan tentang rumahtangganya. Ramai terkedu bila tahu sebegini keadaan perkahwinan mereka"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*