Tak tahu pulak ada bunian yang tak cukup kain. Mengejutkan video rakaman bunian tersebar walau dan pesan jaga mulut.

BUKAN orang bvnian.” Demikian komen ringkas seorang pelajar sebuah kolej di ibu negara berhubung satu rakaman yang kini tular di Twitter. Bercerita lanjut, Aina Masturina Azri, 24, mended@hkan video yang kelihatan seperti sekumpulan orang bunian berbaju putih sedang berbaris di tepi jalan itu merupakan tugasan salah satu subjek yang diambil mereka.

“Itu photoshoot berkumpulan kami untuk subjek Foto Komunikasi. Memang kami pilih tema bunian. “Masa shoot tu, ada juga orang yang lalu dengan kereta toleh-toleh tengok kami tapi kami tak ada niat nak takutkan mereka. “Kami pun dah survey, tempat tu agak cerah sebenarnya, kereta pun tak laju di kawasan tu,” ujarnya yang mesra disapa Aina.

Kumpulan pelajar yang terlibat tempoh hari. Menurut gadis yang berasal dari Negeri Sembilan itu, penggambaran mengambil masa sekitar sejam, jam 10 malam Jumaat lalu di Bukit Permai, Ampang, Selangor. “Selain 10 pelajar dalam video, kumpulan itu turut disertai dua lagi individu yang bertindak sebagai jurufoto pada malam berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Aina bersyukur apabila proses photoshoot itu berjalan lancar dan mereka tidak mengalami sebarang gangguan atau kejadian aneh. “Itu photoshoot berkumpulan kami untuk subjek Foto Komunikasi. Memang kami pilih tema bunian.”-AINA MASTURINA, PELAJAR

Malah kata Aina, d@kwaan warganet kononnya muncul beberapa kelibat dalam video itu adalah tidak benar sama sekali. “Alhamdulillah tiada apa-apa. Kami saling pesan, masing-masing jaga mulut… tapi terkejut jugalah bila viral. “Yang kata nampak kelibat, itu adalah batu. Mungkin disebabkan lighting, ia kelihatan pelik,” jelasnya lagi.

Sebelum itu, warganet mend@kwa wujud kelibat seperti pocong berdiri berhampiran kumpulan pelajar itu dalam video berkenaan. Aina tidak menyangka video itu tular di Twitter. Selain itu, segelintir warganet juga bertindak biadab apabila melakukan body shaming ke atas salah seorang ahli kumpulan berkenaan.

“Selain kata perbuatan kami berbahaya kepada kereta lalu-lalang, ada juga yang body shaming kawan saya,” ujarnya, kesal. Selain menerima lebih 700,000 tontonan di Twitter, video kumpulan pelajar itu turut dihujani dengan pelbagai komen warganet.

“Bunian pun ada yang tak cukup kain eh? Dah la paha besar gajah. “Nampak seram, macam real hantu bunian ke apa. Tapi lepas nampak satu hantu tu paha besar gajah terus tak rasa seram dah. Mana ada hantu paha tebal. “Aku tengok bayang sendiri pon takut tambah jumpa ni memang lingkuplah.

“Aku ingat penghuni bunian manalah? Naik juga bulu roma aku malam tadi tengok,” tulis warganet. Ada yang tahu ni apa kes ni? Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : mStar

Be the first to comment on "Tak tahu pulak ada bunian yang tak cukup kain. Mengejutkan video rakaman bunian tersebar walau dan pesan jaga mulut."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*