Tak sampai 2 bulan putus tunang dgn Hafreez Adam terkejut tiba tiba ini pengakuan Zara Zya tentang hubungannya dgn Azlee Khairi yang buat warganet tergamam

“Orang memang tahu Zara sekarang single dan Azlee pun maybe single jadi peminat suka dan mendoakan yang baik-baik. “Tapi selagi perkara ni positif, saya terima apa sahaja maklum balas daripada mereka dan saya rasa benda ni bagus juga untuk publisiti kami berdua. “Kalau ada yang minta kami lebih daripada tu, saya rasa tak payah la kot,“ jelasnya.

Tambah Zara lagi, dia dan Azlee hanyalah berstatus teman dan sudah lama mengenalinya. “Saya dan Azlee ni dah lama, memang orang kata gandingan kami serasi sejak 10 tahun lepas lagi. “Jadi bila Azlee buat kemunculan semula, mula-mula kami takut juga orang terima atau tak gandingan kami.

“Tapi Alhamdulillah, kami terima respon yang sangat positif tapi betul, kami memang tiada apa-apa hubungan. Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123). Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Gempak

Baru sebulan lebih putus tunang dgn Hafreez Adam kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan Azlee Khairi? Tak Sangka Ini Respon Azlee

Zara Zya atau nama penuhnya Zainurul Razia binti Mohd Zainuddin. Lahir pada 22 Oktober 1985, di Lenggong, Perak, Malaysia. Merupakan pelakon, pengacara dan model. Anak bongsu daripada empat adik-beradik. Merupakan bekas pelajar jurusan Teater daripada Akademi Seni Warisan Negara (ASWARA).

Pernah menyertai pertandingan Dewi Remaja 2005. Meskipun banyak membintangi drama, namun kemunculannya di beberapa tahun awal kurang menyerlah kerana sering memegang watak sampingan. Berita putus tunang pelakon Zara Zya dan Hafreez Adam pada Disember lalu ternyata mengejutkan ramai.

Baru sahaja sebulan mengikat tali pertunangan namun hubungan mereka akhirnya terlerai sedangkan sebelum ini mereka antara pasangan paling ‘sweet’. Terbaru, kami dengar Zara sekarang sudah ada pengganti dan kini sedang hangat bercinta dengan pelakon, Azlee Khairi yang turut bergandingan dengannya dalam drama Seadanya Aku.

Umum mengetahui, mereka memang sudah lama berkawan dan agak mesra bersama sejak dahulu lagi. Ramai juga yang restu sekiranya mereka berdua benar-benar bercinta. Namun, Azlee dikatakan sudah pun berkahwin dengan wanita kelahiran Brunei pada tahun 2014.

Bagaimanapun, ada desas-desus mengatakan Azlee sudah kembali solo sebab itu dia kembali aktif berlakon, tetapi buat masa ini aktor tersebut enggan memberikan apa-apa komen mengenai status dirinya. Kalau betul Azlee dah ‘single’, memang tidak salah untuk mereka bercinta. Tidak dinafikan nampak sesuai bersama. Jika sebaliknya, Azlee dan Zara kenalah hati-hati dan jaga batas pergaulan agar tidak mengundang sangka buruk orang lain.

‘Nak kena tunjuk ke saya sedih?’ – Zara Zya

“TAKKAN saya nak kena muat naik video menangis semata-mata nak beritahu saya sedih sebab putus tunang,” kata pelakon popular, Zara Zaya apabila ada mendakwa dirinya seolah-olah tidak terkesan selepas putus tunang dengan pelakon, Hafreez Adam, baru-baru ini.
Zara, 34, berkata, dia perlu kuat dan sentiasa berfikiran positif atas apa yang berlaku. Dia juga percaya perkara itu akan menjadi contoh dan teladan kepada banyak pihak supaya tidak meratapi apabila kehilangan seseorang.
“Memang ada yang komen pada gambar saya. Mereka cakap saya tak nampak sedih pun. Adakah saya perlu tunjuk semua itu di Instagram? Dalam perkara ini, ramai tahu saya sentiasa positif dan kuat. “Jadi, saya kena tunjuk kepada keluarga kawan dan peminat macam mana kuatnya saya. Jadi, ia secara tak langsung boleh buat orang terikut benda yang positif,” katanya kepada Harian Metro.
Ditanya sekiranya ada tawaran kerja membabitkan dirinya dengan bekas tunang, Zara berkata, dia bersikap profesional. “Kami putus tunang secara baik dan tidak ada prbalahan pun. Jadi, apabila perkara ini terjadi, tidak perlu wujud masalah antara kami. “Saya okay dan boleh bersikap profesional. Lagi pun, ini soal kerja dan bukannya peribadi,” katanya.

Be the first to comment on "Tak sampai 2 bulan putus tunang dgn Hafreez Adam terkejut tiba tiba ini pengakuan Zara Zya tentang hubungannya dgn Azlee Khairi yang buat warganet tergamam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*