Jgn risau abg baru sampai kat sini sgt aman. Mengejutkan wanita ini terima email dari suaminya yang baru saja pergi buat selamanya

Seorang lelaki telah menginap di sebuah hotel di KL. Terdapat sebuah komputer di dalam bilik hotel itu. Dia pun mengambil keputusan untuk menghantar e-mail kepada isterinya. Malangnya, dia telah tersalah taip alamat e-mail isterinya dan tanpa mengetahui kesilapan itu, dia pun terus menghantar e-mail tersebut. Di sebuah rumah di Pahang pula, seorang janda baru sampai ke rumahnya selepas pulang daripada majlis pengurusan suaminya yang baru pergi buat selamanya.

Janda tersebut mengambil keputusan untuk menyemak e-mailnya untuk melihat sekiranya terdapat mesej daripada saudara-mara dan teman-temannya. Selepas membaca e-mail pertama itu si janda tersebut pun pengsan. Anak lelaki janda tersebut pun bergegas ke bilik ibunya dan mendapati ibunya terlentang di lantai dan dia pun membaca mesej di dalam skrin komputer:

To : Isteri kesayanganku

Date : 21 Jun 2017

Subject : Abang telah selamat sampai

Abang tahu Sayang pasti akan terkejut dengan kehadiran mesej ini. Mereka telah menyediakan komputer di sini pada ketika ini dan kita boleh menghantar e-mail kepada sesiapa sahaja terutama insan kesayangan kita.

Abang telah selamat sampai dan telah menginap dengan aman di sini. Abang lihat semuanya telah di sediakan di sini untuk kedatanganmu pada hari esok. Semoga berjumpa denganmu nanti, Sayang. Abang harap perjalananmu ke sini nanti lebih bermakna seperti apa yang telah Abang lalui ketika ini…. Assalamualaikum & Selamat pagi

Sumber: Cantik Sikit via Viral sokmo

Pasangan Pengantin Jadi Tak Tentu Arah Bila Tok Kadi Tuduh Pengantin Pernah Main Sebelum Akad Nikah. Inilah Punca Tok Iman Tuduh Buat Ramai Terkejut

Tok Kadi di Terengganu. Aku ni orang utara, tapi aku cukup suka dialek Terengganu (bukan bahasa Terengganu ye, bahasa tetap Bahasa Malaysia. Eh, ke Bahasa Melayu? Ahhh…tibai la!). Bagi aku comey sangat dialek Ganu ning. Balik dari makang sata kat Kemamang dulu… sepanjang jalang (eh?) aku dok test power cakap dengan dialek Ganu.

MrHubby la tukang editor nye, sebab dia terer banyak dialects walaupun dia Johorean. Okay…jom baca lawak ni. Jenuh aku tersenyum-senyum dari tadi… Suatu hari masa majlis akad nikah di Terengganu… Sebelum akak nikoh, Tok Kodi ngesoh name IC pengatin laki. Kodi kata nok tanye soalang skit. Pengatin laki debo doh ni.

Kodi: Lame dah kenal hok puang ni? Pengantin: Dalam 2 tahun lebih.Kodi: Hoo molek la…mesti gi dating sokmo ni dok? Pengantin: Kadang-kadang je Tok. Dia dok Terengganu, saya dok KL. Kodi: Doh xjupe, org muda leni orang ngorat wat sek sokmo la ni. **terangkat punggung pengantin lelaki dan wali dengor soalan tu***

Pengantin: Mana ada Tok, kang haram! Kodi:Bakpe haramnye? Kang ada niat nok nikoh. Wat sek la. Barang percume! Wali: Hoi! Mung Tok Kodi jangang wat aib anak nantu aku gitu depang orang rama ning!!!! Kodi: Cer wat mari talipon mung aku nk cek ***kodi mitok ngan pengantin***

Pengantin: Talipon saya ikut suka saya la nk save menda pun. Wali: Wi la awang eh, kalu mu rasa mu dok wat ***ketor tangan pengantin bagi fon ke kodi, muka meroh merang doh*** Kodi: Doh ni fail natang ape? Wat sek la ning. Ke org panggil menda gining? ***wali cepat2 bangun gi tengok, pengantin pun sama naik…saksi bejerebat atas belakang*** Dan ramai-ramai pakat kata… “oooo WHATSAPP!!!”

Bulan Madu Tiga Anak Dara

Tersebutlah alkisah sebuah keluarga aman bahagia yang dianggotai sepasang suami isteri bersama tiga orang anak dara mereka. Nak dijadikan cerita, ketiga-tiga anak dara tersebut melangsungkan perkahwinan mereka secara serentak. Maka sedih bercampur gumbira menyelubungi hati dan perasaan kedua ibu bapa mereka apabila majlis perkahwinan tersebut selamat dilangsungkan.

Apabila ketiga-tiga pasangan bersiap sedia untuk pergi berbulan madu ke tempat haluan masing-masing, kedua ibu bapa mereka pun dengan tegas berpesan supaya mereka tidak lupa untuk mengirimkan berita sepanjang pemergian mereka walau dengan sepatah dua kata. Supaya tidak membebankan setiap pasangan,

ibu bapa mereka mencadangkan agar mereka hanya menulis tajuk iklan yang dapat menggambarkan maksud yang ingin disampaikan. Lalu mereka semua pun bersetuju degan cadangan tersebut. Seminggu selepas mereka semua pergi ke arah tujuan masing masing, si ibu menerima sepucuk surat dari anak mereka yang pertama, suratnya amat ringkas, hanya perkataan “Nescafe” yang tertera.

Si ibu yang cuba menyelami maksud yang ingin disampaikan, tanpa berlengah menyemak iklan “Nescafe” di akhbar yang berbunyi “Nikmatnya tak terhingga”, maka fahamlah si ibu akan maksud yang ingin disampaikan. Selang seminggu selepas itu, mereka menerima sepucuk surat dari anak mereka yang kedua pula, suratnya juga pendek, hanya berbunyi ” Standard Chartered Bank”.

Apabila disiasat dengan lebih lanjut, iklan Standard Chartered Bank rupanya bermaksud “Besar, Teguh dan Peramah”, maka tersenyumlah kedua orang tua tersebut. Seperti lazimnya mereka pun tertunggu-tunggu akan berita dari anak ketiga mereka, namun minggu demi minggu tidak juga mereka menerima sebarang khabar berita.

Mulanya mereka agak risau namun setelah hampir dua bulan berlalu, mereka akhirnya menerima sepucuk surat yang amat dinananti-nantikan, suratnya juga amat ringkas, hanya tertulis perkataan “MAS”. Mulanya mereka agak hairan kenapalah anak mereka mangambil masa yang lama sangat untuk menulis perkataan “MAS” namun setelah membaca iklan MAS di surat khabar, mereka pun tersenyum. Di surat khabar, iklan MAS berbunyi, “Tiga kali sehari, tujuh hari seminggu…”

Pasangan Lanjut Usia

Di suatu malam yang dingin, di dalam sebuah bilik yang sederhana besar, diatas katil… sepasang suami isteri yang telah lanjut usia baru masuk tidur. Suaminya telah mula mengantuk tapi isterinya terbangkit perasaan ghairah malam itu… Si isteri bersuara,

“Dulu-dulu tu….. abang selalu pegang tangan saya bila kita nak tido.” Suaminya dengan separuh sedar, menggenggam tangan isterinya, lepas tu mula mengantuk semula. Beberapa ketika lepas tu, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu…. abang selalu cium saya.” Si suami dengan rasa terganggu, mengangkat kepalanya dan menyentuh bibirnya ke pipi si isteri.

Lepas tu sambung tido balik. Selepas beberapa saat, si isteri bersuara lagi, “Kemudian tu… abang selalu gigit-gigit leher saya…” Dengan perasaan marah dan geram, si suami melontar selimutnya dan bangun dari katil tu. Si isteri bertanya, “Abang nak gi mana tu?” Dengan marah suaminya menjawab, “Nak gi amik gigi la ni!!!” News Today

Sumber : kumbang terbalik

Be the first to comment on "Jgn risau abg baru sampai kat sini sgt aman. Mengejutkan wanita ini terima email dari suaminya yang baru saja pergi buat selamanya"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*