Zahirah bongkarkan pernah kena campak dengan Mayaa karin sampai pecah almari. Tak sangka rupanya ini yang berlaku.

Pelakon Zahirah Macwilson akui mudah bekerjasama dengan pelakon senior seperti Maya Karin dalam Bulan & Pria Terhebat. Menurut Zahirah dia mempunyai pengalaman yang hebat bersama Maya Karin. “Kalau nak bercakap mengenai pengalaman berlakon dengan pelakon yang lebih berpengalaman, saya rasa setiap orang ada perjalanan mereka yang tersendiri.

“Jadi, saya tak membandingkan diri saya dengan mereka,” katanya kepada Gempak. Selain Zahirah dan Maya Bulan & Pria Terhebat yang diterbitkan bersama oleh Astro Shaw, Nizra Entertainment dan Skop Production itu turut dibintangi oleh Khir Rahman, Zizan Razak, Alif Hadi, Bell Ngasri, Didie Alias, Aprena Menrose, Sein Qudsi, Rashid Ishak dan ramai lagi.

Menceritakan babak paling mencabar yang dilakukan bersama adalah ketika badannya perlu dilempar oleh Maya ke dalam almari. “Babak paling memberi kesan kepada saya ketika dengan Maya Karin adalah apabila saya perlu ‘dilempar’ ke dalam almari.

“Ia agak mencabar dan meletihkan kerana babak itu dilakukan beberapa kali sehingga almari itu pecah. “Namun akhirnya ia berjaya dilakukan tanpa sebarang kecederaan serius,” ceritanya lagi. Filem hebat yang diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar ini bakal menemui penonton pada 12 Mac depan.

Secara ringkas Bulan & Pria Terhebat mengisahkan Bulan (Zahirah Macwilson) merupakan pelatih di dalam pasukan tentera khas Indonesia menyeludup masuk ke dalam pemerdgangan manusia bagi mencari adiknya, Melati yang telah diperdaya dan dibawa ke Malaysia untuk dijadikan gadis liburan.

Bulan bertemu Haris (Zizan Razak), seorang pemandu e-hailing yang prihatin dan sudi membantu Bulan mendapatkan kembali adiknya dari genggaman ayam, Agus dan ketuanya, Ricky. Ricky mengarahkan Tony, seorang  upahan untuk menghapuskan Bulan dan Haris.

Sumber: Gempak

Dengan sekali lafaz Aiman selamat bergelar suami kepada Zahirah. Memang sepadan betul pasangan ni.

Pelakon jelita, Zahirah Macwilson, 25, sah bergelar isteri kepada Aiman Hakim Ridza, 31, dengan sekali lafaz kira-kira jam 9.00 malam pada Khamis. Pasangan sama cantik sama padan itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Zainol MacWilson.

Pada majlis yang diadakan di Foyer GlamHall Mercu Mustapha Kamal, Damansara itu, Zahirah menerima mas kahwin sebanyak RM300 berserta lima dulang hantaran berbalas tujuh. Majlis yang dihadiri 200 orang tetamu terdiri daripada keluarga kedua-dua belah pihak, pihak pengurusan, teman-teman rapat dan rakan media.

Zahirah Macwilson atau nama penuhnya Nur Zahirah Macwilson Zainol meluahkan rasa bersyukur apabila majlis yang dirancang selama lebih kurang enam bulan itu berjalan dengan lancar. “Alhamdulillah, sempurna sudah majlis yang saya tunggu-tunggu. To be honest, saya agak nervous sejak beberapa minggu menjelang majlis ini, dan Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan saya berasa sangat gembira dan sangat besyukur kepada Allah SWT,” katanya.

Sementara Aiman Hakim atau nama lengkapnya, Aiman Hakim Ridza Abdoh juga turut menyatakan rasa syukur dan gembira tidak terhingga kerana akhirnya dia dan Zahirah selamat disatukan sebagai suami isteri. Alhamdulillah saya kini bergelar suami dan kini bermulalah tanggungjawab saya untuk isteri, keluarga saya dan keluarga isteri saya.

“Saya berharap kalian doakan yang terbaik buat ikatan pernikahan kami ini dan semoga ianya kekal sehingga ke Jannah,” terang Aiman. Terdahulu, pasangan berkenaan mengikat tali pertunangan pada 8 Jun 2019 lalu selepas 7 bulan menyelami hati budi dan menyulam cinta.

Pasangan Raja Sehari tersebut bakal diraikan dalam majlis resepsi besar yang dikongsi bersma kedua dua belah pihak keluarga pada keesokan harinya di GalamHall, Mercu Mustapha Kamal, Damansara. Majlis akad nikah yang berlangsung malam tadi turut mendapat sentuhan daripada perancang perkahwinan Mahligai Creative Weddings yang bertemakan Rustic.

Pada majlis malam tadi, Zahirah menggayakan busana hasil sentuhan pereka fesyen terkenal, Teh Firdaus dan ditatarias set barangan kemas dari Hearts On Fire yang bernilai lebih kurang RM1,000,000. Solekan wajah yang lembut dan indah disolek oleh Bosco Ryzal. Manakala Aiman Hakim, Pelakon dan juga pemilik cafe Bakersfellas di Ara Damansara itu pula memilih persalinan baju Melayu rekaan Cosry.

Sementara itu, majlis Malam Berinai Zahirah Macwilson yang telah berlangsung malam semalam, menjadi perhatian di media sosial dengan rata-rata memuji kecantikannya yang diibaratkan persis bintang Bollywood. Zahirah kelihatan anggun dalam persalinan rekaan Rizman Ruzaini dan disempurnakan lagi dengan solekan Nurul MF dan dandan rambut oleh Mei Choi.

Majlis Malam Berinai yang diadakan secara tertutup itu diadakan di Quill Mall Convention Center di Ibukota Kuala Lumpur dihadiri oleh keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua pasangan. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: MH

Be the first to comment on "Zahirah bongkarkan pernah kena campak dengan Mayaa karin sampai pecah almari. Tak sangka rupanya ini yang berlaku."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*