Tak sekolah tinggi tapi boleh jadi jutawan. Bonda Rozita dedah sesuatu tentang perniagaannya yang ramai tak tahu.

Ibu kepada usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri, Rozita Ibrahim menegaskan tuah dalam perniagaan bukan bergantung kepada jumlah modal atau kekayaan yang dimiliki. Jelasnya, dahulu dia pernah membuka perniagaan tekstil menjual tudung, namun akibat kerugian, dia terpaksa tutup kedai.

Ulasnya lagi, berniaga tidak bergantung kepada kepandaian di sekolah atau modal yang banyak, sebaliknya semua atas ketentuan Allah. “Gambar lama 2005, Masa umur Ain 3 bulan..jarang bergambar kami dulu2 ..Ni pakai kamera kualiti elok lah..Ermm syukur masih ada yg boleh dikenang kalau ada gambar kan ( jgn pandang glitter dn star tu icah yg letak..!!)

“Dulu sy jual tudung bawal sulaman ni salah satunya ..!! Lepas tu sy tutup company (St textile nama syarikat sy). Susah dn x untung bukan rezeki sy, dn org boleh tiru dn sy xpandai bab textile masa tu . “Niaga ni cerdik sekolah atau byk modal akan ada tak semestinya ada luck..!! Percaya pd Ketentuan Allah semuanya..kaya dn byk modal bukan jaminan akn menajdi niaga..” kawan sy niaga santan boleh jadi jutawan xsekolah tinggi , paling corot kalau periksa tahap gaban lemaunya,” jelasnya.

Tulis pemilik Rumah Hutan ini lagi, pengalaman penting dalam memahami selok belok dunia perniagaan. Malah amat pentig menjaga maruah untuk memperoleh kepercayaan orang lain. “Pengalaman sgt mahal faham selok beloknya ..lain2 kena kendali Emosi, feeling kesian , family tu susah nak handle bahaya sgt..lagi satu maruah kena jaga elok2 supaya kepercayaan org bertahan

“Dalam byk niaga sy pun ada lalui gagal berjuta2 ..Tak semua jadi pun,” kongsinya panjang lebar. Bonda Rozita sebelum ini pernah mengasaskan produk kecantikan Sendayu Tinggi sebelum beralih kepada pengurusan rumah inap dan spa di Batang Kali, Selangor. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Instagram Rozita Ibrahim

Be the first to comment on "Tak sekolah tinggi tapi boleh jadi jutawan. Bonda Rozita dedah sesuatu tentang perniagaannya yang ramai tak tahu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*