Tak sangka ini yang berlaku bila ibu Abam tonton filem terakhir anknya di panggung wayang. Warganet terkedu dengan apa yang penerbit buat.

SEPANJANG menonton filem Jodoh Syaitan di malam gala yang diadakan pada Jumaat, ibu kepada pelawak Abam Bocey iaitu Sabariah Arshad tidak dapat menahan air matanya daripada mengalir. Sabariah, 63, memberitahu karya terakhir lakonan Abam itu membuatkan dia berasakan Abam masih berada di sisinya.

“Saya rasa seperti dia ada di sebelah saya. Rasa seperti ada dekat dengan saya. Walaupun dia sudah tidak ada, karyanya masih ada. Sabariah menerima sumbangan daripada penerbit filem Jodoh Syaitan. “Saya harap, orang ramai dapat sokong dan tonton filem ini,” katanya kepada mStar.

Sabariah ditemui ketika malam gala filem Jodoh Syaitan di E@Curve, Petaling Jaya, pada malam, Jumaat. Filem itu juga merupakan filem terakhir lakonan Abam sebelum dia pergi menghadap illahi 10 Februari lalu. Pada malam gala itu, penerbit filem iaitu Da Motion Sdn Bhd turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga Abam Bocey berikutan pemergian pelawak popular itu baru-baru ini.

Walaupun abam sudah tiada, dia masih diingati dan dihargai. SABARIAH ARSHAD, IBU ABAM BOCEY. Sumbangan berupa wang tunai disampaikan penerbit, Datin Norliza Samion dan Prof Datuk Dr Azman Ching kepada ibu Abam, Sabariah Arshad di malam gala tayangan filem berkenaan.

Dalam pada itu, Sabariah meluahkan rasa syukur dan terima kasihnya kepada Norliza dan Azman atas sumbangan yang diberikan. “Terima kasih kepada pihak produksi atas sumbangan ini. Walaupun abam sudah tiada, dia masih diingati dan dihargai,” ujarnya.

Penggambaran filem bermula pada 18 Julai 2018 di Pasir Puteh, Kelantan dan Jertih, Terengganu. Sementara itu, Norliza mewakili syarikatnya berkata, itu adalah sumbangan daripada seluruh produksi di atas pemergian Abam.

Seluruh produksi filem Jodoh Syaitan juga bersedih dengan pemergian penerbitnya yang juga suami Norliza, Datuk Mokharul Shamsul Mokhtar. Mokharul yang mesra disapa Datuk Are Sey turut berlakon dalam filem itu dan pergi menghadap illahi selepas terbabit dalam kejadian yang tak diingini di jalan raya pada 24 Mei tahun lalu.

Selain Abam, filem arahan Ismail Bob Hashim ini turut dibintangi Soffi Jikan, Aprena Manrose, Jay Iswazir, Kamarul Yusoff dan Fauziah Nawi. Ia akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 5 Mac ini. Sumber : Mstar. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Tak sangka ini yang berlaku bila ibu Abam tonton filem terakhir anknya di panggung wayang. Warganet terkedu dengan apa yang penerbit buat."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*