Aprena nekad buat rawatan kesuburan lepas 4 tahun mendirikan rumahtangga. Tak sangka rupanya ini yang terjadi.

EMPAT tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Aprena Manrose memberitahu sudah tiba masanya dia memberi tumpuan sepenuhnya untuk mendapatkan zuriat. Menurut Aprena, 27, dia dan suaminya Mohd Afiq Hazman ada membuat pemeriksaan kesuburan pada Disember tahun lalu dan kini mereka masih perlu melalui beberapa proses selanjutnya.

“Tahun ini, saya memang nak fokus untuk dapatkan zuriat. Dah empat tahun berkahwin, sudah tiba masa yang sesuai untuk saya nak ada anak pula. “Selama ini, saya dan suami tak pernah buat pemeriksaan apa-apa tapi pada Disember tahun lalu kami buat keputusan untuk bertemu doktor.

Aprena dan suami mahu fokus dapatkan zuriat.

“Kami sudah lakukan pemeriksaan kesuburan tapi keputusan belum tahu lagi dan ada beberapa proses yang perlu kami lakukan selepas ini. “Insya-Allah, saya berharap semua peminat boleh mendoakan yang baik-baik untuk saya dan suami,” kata Aprena kepada mStar.

Aprena ditemui ketika malam gala filem Jodoh Syaitn di mmCineplexes @ E-Curve, Petaling Jaya pada Jumaat. Selain Aprena, filem seram komedi itu turut dibintangi Abam Bocey, Soffi Jikan, Jay Iswazir, Fauziah Nawi dan Kamarul Yusoff.

Filem terbitan Do Motion Sdn Bhd itu akan berada di pawagam seluruh negeri bermula 5 Mac depan. Dalam pada itu, anak kepada penyanyi Iwan Syahman ini berkata dia akan memperlahankan karier seninya namun masih terbuka menerima tawaran.

“Perancangan saya pada tahun ini memang nak perlahankan sedikit karier seni. Tapi tidak bermaksud saya mahu berhenti terus. “Saya masih terbuka untuk menerima tawaran berlakon tetapi saya akan pilih mengikut waktu yang bersesuaian,” ujarnya. Pemilik nama Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman dan Mohd Afiq mendirikan rumah tangga pada 2016.

Be the first to comment on "Aprena nekad buat rawatan kesuburan lepas 4 tahun mendirikan rumahtangga. Tak sangka rupanya ini yang terjadi."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*