Akhirnya Mamat Sepah tampil buka mulut bongkarkan cerita disebalik 3 kali tangguh majlis kahwin. Tak sangka rupanya ini yang terjadi

Pelawak, Mohd Noor Murad atau lebih dikenali sebagai Mamat Sepah mendedshkan sesi perkenalannya dengan Isteri tersayang, yang juga seorang anggota polis. Mahu merahsiakan nama bakal isteri, Mamat dan isterinya yang berasal dari Lahad Datu, Sabah itu memahami kerjaya dan tugasan masing-masing.

“Alhamdulillah dia faham dengan kerjaya saya sebagai seorang yang dulunya lebih kepada permotoran dan sekarang ini dalam bidang lawak pula. “Begitu juga dengan saya perlu memahami kerjaya dia sebagai seorang anggota polis yang menjaga keamanan negara dan orang awam,” kata Mamat kepada MH.

Mengabadikan detik perkenalan di IPD Shah Alam, bekas anggota kumpulan Sepah itu membuka cerita sesi perkenalan bersama isterinya. “Ketika itu saya pergi ke balai untuk tarik report untuk menolong seorang rakan. Kemudian, saya nampak dia berdiri di satu sudut sambil memegang pistl.

“Dia yang mula tegur “Mamat Sepah ke? “Saya jawab “Ya puan, kenapa ya?” “Kemudian, dia beritahu saya bahawa k3s tersebut dia yang kendalikan. “Secara tidak langsung, saya minta nombor telefon dia dengan niat agar k3s tersebut cepat selesai.

“Diam tak diam, kami saling mengenali dan saya mula perkenalkan si dia kepada ibu. “Lalu, ibu saya bersetuju dengan pilihan saya,” kongsi Mamat yang sudah mengikat tali pertunangan kira-kira setahun lalu. Mamat,34, ditemui di Hard Rock Cafe,Kuala Lumpur baru-baru ini berkata, dia merancang untuk mendirikan rumah tangga akhir tahun ini.

Bagaimanapun, Mamat terp4ksa menangguhnya atas beberapa sebab. “Ikutkan dalam plan memang kami nak melangsungkan perkahwinan pada bulan 12 tahun ini, tapi terp4ksa tunda kerana kesibukan kerja saya untuk fokus dalam pertandingan MLM yang akan bermula pada 1 November ini.

“InsyaAllah, jika tiada aral melintang kami akan berkahwin pada tahun 2020 tapi tiada spesifik tarikh lagi,” ujar Mamat yang menganggap wajah isterinya persis wanita Korea kerana memiliki kulit putih gebu. Terdahulu, Mamat menangguhkan perkahwinan kali kedua selepas merancang perkahwinan pada Mac dan April lalu.

Kedua-dua bulan tersebut mempunyai sebab tertentu iaitu kesibukan beberapa projek di bawah syarikat pengurusan acara miliknya, Mamat Sepah Entertainment dan pembikinan filem Remp-It 2. Dalam perkembangan lain,Mamat bersama Azlee dan Acong akan bergabung menjadi satu kumpulan,Stone di pentas Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019 yang bakal bersaing bersama 11 peserta lain.

Program tersebut akan bersiaran secara langsung di Astro Warna (132) dan Astro Warna HD (125) bermula 1 November ini.

Foto : Instagram Mamat via MH

Akhirnya Mamat selamat dirikan rumahtangga dengan anggota polis. Tak sangka rupanya dah 3 kali tangguhkan majlis.

Selepas tiga kali terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan, pelawak Mamat Sepah akhirnya menamatkan zaman bujang dengan seorang anggota polis yang dikenali sebagai Nana di Kulai, Johor semalam. Berita gembira itu dikongsi Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad menerusi laman Instagram dengan memuat naik sekeping gambar setelah selesai melafazkan akad nikah.

Isterinya yang berasal dari Lahad Datu, Sabah turut berkongsi momen hari bersejarah itu ketika acara membatalkan air sembahyang di atas pelamin. “Bismillah, 01 Mac 2020 tarikh yang tak akanku lupa sampai hujung nyawa. Seperti mimpi bila aku akan memanggilmu sebagai suami.

“Terima kasih atas akadmu untukku suamiku. Semoga ikatan suci kita kekal sampai syurga, amin,” katanya. Terdahulu selepas bertunang pada 2018, mereka merancang ingin berkahwin pada Mac namun ditangguh ke April dan seterusnya ke Disember disebabkan komitmen Mamat terhadap Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

Sumber:Mamat Sepah , Cik Nana , Wedding Films , Astro Awani

Be the first to comment on "Akhirnya Mamat Sepah tampil buka mulut bongkarkan cerita disebalik 3 kali tangguh majlis kahwin. Tak sangka rupanya ini yang terjadi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*