Akhirnya Mamat selamat dirikan rumahtangga dengan anggota polis. Tak sangka rupanya dah 3 kali tangguhkan majlis.

Selepas tiga kali terpaksa menangguhkan majlis perkahwinan, pelawak Mamat Sepah akhirnya menamatkan zaman bujang dengan seorang anggota polis yang dikenali sebagai Nana di Kulai, Johor semalam. Berita gembira itu dikongsi Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad menerusi laman Instagram dengan memuat naik sekeping gambar setelah selesai melafazkan akad nikah.

Isterinya yang berasal dari Lahad Datu, Sabah turut berkongsi momen hari bersejarah itu ketika acara membatalkan air sembahyang di atas pelamin. “Bismillah, 01 Mac 2020 tarikh yang tak akanku lupa sampai hujung nyawa. Seperti mimpi bila aku akan memanggilmu sebagai suami.

“Terima kasih atas akadmu untukku suamiku. Semoga ikatan suci kita kekal sampai syurga, amin,” katanya. Terdahulu selepas bertunang pada 2018, mereka merancang ingin berkahwin pada Mac namun ditangguh ke April dan seterusnya ke Disember disebabkan komitmen Mamat terhadap Maharaja Lawak Mega (MLM) 2019.

Sumber:Mamat Sepah , Cik Nana , Wedding Films , Astro Awani

Be the first to comment on "Akhirnya Mamat selamat dirikan rumahtangga dengan anggota polis. Tak sangka rupanya dah 3 kali tangguhkan majlis."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*