Warganet terkejut akhirnya Naim Daniel tampil bongkar sesuatu tentang ibu kepada bekas kekasihnya.

Penyanyi Naim Daniel mendedahkan pernah menghubungi ibu bekas kekasihnya, Che Rohaida Che Daud untuk berbicang secara baik namun ditolak. Memetik laporan mStar, Naim bertegas supaya pihak Dayana atau nama sebenarnya Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah mengemukakan bukti dan email kepadanya. “Pihak Dayana nak buat sidang media pun tanpa pengetahuan saya dan pengurusan. Alhamdulillah, Allah permudahkan ada kenalan memberitahu saya tentang acara itu.  “Saya ada hubungi ibu dia untuk bertemu dan berbincang secara baik tetapi pihak sana yang tak nak sebab katanya nak selesaikan sidang media dahulu. 

“Kalau permainan ini yang mereka pilih saya okey dan tak pernah menghalang apa-apa. Tapi seperti yang saya katakan jika ada bukti, emel kepada saya. “Wajar ke seseorang yang ingin menuntut sesuatu tetapi kita pula yang kena datang kepada dia?” katanya. Dalam pada itu, Naim berkata dia dan pihak pengurusan berlapang dada untuk menyelesaikan kemelut yang sudah berpanjangan ini dengan cara baik.

“Ikutkan saya senang sahaja, bagi segala bukti kalau dia nak selesaikan dengan cara elok sebabnya saya serta pengurusan saya memang berlapang dada. “Insya-Allah, kalau dia tampil dengan bukti, pihak saya dan pengurusan akan berbincang dan kaji terlebih dahulu untuk melihat sama ada betul atau tidak. “Barulah pihak pengurusan boleh mengambil tindakan selanjutnya. Tapi kalau mereka masih nak bermain dengan cara itu, terpulang.

“Daripada fikir isu itu, lebih baik fokus kepada orang yang saya perlu hargai iaitu peminat yang sentiasa menyokong dan mendoakan baik-baik,” katanya lagi. Terdahulu, Naim meminta mana-mana individu yang mahu menuntut hak cipta bersama lagu Sumpah untuk mengemukakan bukti-bukti kukuh.

Naim mengeluarkan kenyataan tersebut menerusi satu entri berbentuk video yang dimuat naik di Instagram miliknya. Isu pertikaian hak cipta lagu Sumpah tercetus sekitar Julai tahun lalu apabila lagu itu dikatakan menceritakan kisah percintaan mereka. Lagu Sumpah dikatakan dicipta bersama pada tahun 2015 ketika mereka sedang menjalin hubungan cinta.

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Warganet terkejut akhirnya Naim Daniel tampil bongkar sesuatu tentang ibu kepada bekas kekasihnya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*