Lama menyepi akhirnya awek Trivago bongkarkan punca dia undur diri dari terus jadi gadis Trivago. Ramai tergamam bila tahu sebabnya.

Selepas empat tahun, akhirnya pengacara HLive, Dahlia Shazwan mengumumkan akan tinggalkan peranannya sebagai wajah Trivago. Dahlia akui sedih kerana selepas menimba pelbagai pengalaman bersama syarikat tersebut, dia kini terpaksa mengundurkan diri.

“This is the post that started it all. Ketika tahun 2016, saya pergi casting dan tidak tahu yang ia akan mengubah seluruh hidup saya. Dan selepas 4 tahun, saya terpaksa mengucapkan selamat tinggal to the best role i have ever done, menjadi Miss Trivago Malaysia.

“4 years guys! Berada di kaca tv sebagai awek/gadis/minah/kakak Trivago. Sedih kerana ia akan menjadi tahun terakhir saya sebagai Ms Trivago so thank you to those who believed in me! I like to think we made history!” tulisnya.Dahlia berkongsi berita tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian itu lagi, dia turut memuat naik foto perjalannnya sebagai Ms Trivago

Dahlia yang kini ibu kepada seorang anak bernama Freda, 1, turut berterima kasih kepada semua yang turut memberi sokongan kepadanya. Malah banyak pengalaman yang tidak dilupakan sepanjang menjadi wanita yang pernah tular menerusi iklan-iklan Trivago.

“Siapa pernah keluar TV banyak macam ni sampai orang boleh marah? Haha but jokes aside I am truly truly thankful for this and the impact (walau sedikit) I have on the lives around me.“Thank you for being so supportive and loving the ads as much as i enjoyed making them. Trivago has really been apart of my life sejak sebelum kahwin, lepas kahwin, masa tengah mengandung (setiap kali kena tukar angle sebab perut makin hari makin besar) lepas pantang (yes sbb tu berisi!)

Dahlia juga berharap orang ramai akan merinduinya dan mendoakannya agar dia kembali dengan sesuatu yang lebih hebat di masa akan datang.“Iklan yang dekat pasar malam would be my last and I hope everyone will miss me haha and doakan saya dan keluarga saya sentiasa selamat dan dimurahkan rezeki.

“Saya doa anda juga dilindungi selalu dan dibalas kebaikan sebab selalu tegur saya dan bgtau how you guys always look forward to the ads. Doakan saya kembali dengan job yg lebih hebat kahkah lebiu gais!” katanya lagi.Sebelum ini, pernah tular beberapa video bayi yang terpukau dan gembira selepas menonton iklan Trivago yang menampilkan Dahlia sebagai jurucakap. Untuk rekod, Dahlia mendirikan rumah tangga dengan Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.

Gadis Trivago Dahlia Shazwan dapat anak perempuan.

PENGACARA televisyen (TV) dan juga model iklan Trivago, Dahlia Shazwan selamat melahirkan cahaya mata perempuan di sebuah h0spital swasta Kuala Lumpur, awal pagi Khamis. Bayi comel seberat 2.7 kilogram itu dilahirkan kira-kira jam 3.15 pagi.Berita gembira itu dikongsi oleh penerbit Syarikat Global Station, Zetty Adila Ramly melalui aplikasi Insta Stories dengan kapsyen:“Tahniah, Mummy Dahlia! Assalamualaikum baby F,” tulisnya

Kapsyen itu juga disertakan dengan foto merakamkan wajah Dahlia yang sedang tersenyum disamping anak pertamanya. Bagaimanapun, wajah anaknya tidak dided@hkan dan ditutup dengan emoticon berbentuk ‘love’. Terdahulu, Dahlia atau nama sebenarnya Dahlia Shazwan Mohd Amin, 28, yang lebih dikenali menerusi iklan Trivago ini berkahwin dengan Shafiq Ismet pada 23 Julai 2016.

Ramai Yang Tidak Tahu Biodata Gadis TRIVAGO Ini.. Bukan Calang Calang Orang Rupanya..Kenali Dahlia Shazwan Gadis Iklan Trivago.

Setiap hari anda pasti boleh melihat susuk tubuh personaliti tinggi lampai iaitu Dahlia Shazwan.Beliau merupakan salah seorang pengacara televisyen di rangkaian Astro. Sebelum kita lihat Biodata Profil Dahlia Shazwan Awek Iklan Trivago ini, sekarang kita boleh lihat Dahlia Shazwan dalam iklan Trivago dalam pelbagai versi.

Dengan pakej yang cukup sempurna Dahlia Shazwan semakin dikenali menerusi rancangan Hlive di Astro Ria. Dahlia Shazwan merupakan anak jati Kuala Lumpur yang dilahirkan menerusi program realiti On Air pada tahun 2012. Dahlia Shawzwan telah tersingkir awal pada program tersebut. Namun begitu bukan beerti rezeki beliau dalam bidang penyiaran terhneti di situ. Lihat sahaja apa yang dikecapi oleh beliau sekarang.

Pilihan cinta Dahlia-Shafiq

RESTU ibu menjadi syarat utama Dahlia Shazwan Mohd. Amin, 28, kepada Shafiq Ismet jika lelaki itu mahu mendekatinya tiga tahun lalu.Sangat rapat dengan ibunya, Noorul Faridah Ismail, 63, pengacara program HLive itu juga mahu hubungan cintanya dengan eksekutif pemasaran syarikat permotoran itu berjalan lancar.

“Shafiq adalah cinta pertama saya, lelaki yang berjaya menambat hati saya. Saya tidak mahu kehilangannya dan mahu hubungan Shafiq dan ibu saya berjalan lancar.“Saya beritahu Shafiq, kalau nak pikat saya, kena pikat hati ibu terlebih dulu. Itu yang berlaku sepanjang tempoh tiga tahun percintaan sebelum perkahwinan kami.

“Tugas saya adalah merapatkan hubungan Shafiq dengan ibu. Itu bukan kerja mudah sebab ibu ada penilaian sendiri dalam soal memilih calon suami buat anaknya,” cerita anak ketiga daripada lima beradik ini.Bagaimanapun itu semua cerita dulu. Kini Shafiq sudah pun menjadi sebahagian daripada keluarga Dahlia selepas mereka disatukan pada 23 Julai lalu.

Pada majlis itu, Dahlia menerima mas kahwin sebanyak RM90 berserta tiga dulang hantaran berbalas lima dulang.Sebagai anak paling akhir dalam keluarga yang bertemu jodoh Dahlia memberitahu, dia berdepan dengan masalah untuk meyakinkan ibunya tentang calon pilihan hati.

Justeru dia sentiasa meletakkan keutamaan kepada urusan ibu dan Shafiq memahami malah tidak pernah mengganggu masa Dahlia bersama-sama ibunya.Secara tidak langsung, situasi itu membuka hati ibu Dahlia dan memberi kebenaran kepada Shafiq untuk memperisterikan anak gadisnya itu.

Berkongsi resipi menambat hati mentua, Shafiq mengakui dia tidak pernah berputus asa untuk mengeratkan jurang komunikasi dengan ibu Dahlia.“Kalau ada orang memberi hadiah untuk bakal mentua, saya tidak. Saya cuma memastikan diri saya tidak menjadi penghalang kasih buat dua beranak itu.

“Saya maklum yang kedua-duanya sangat rapat. Masakan orang luar seperti saya dapat memutuskan hubungan yang itu,” kata Shafiq yang turut bersyukur mendapat penajaan sebanyak RM10.1 juta untuk majlis perkahwinannya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Lama menyepi akhirnya awek Trivago bongkarkan punca dia undur diri dari terus jadi gadis Trivago. Ramai tergamam bila tahu sebabnya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*