Sebab harta Ali tak pernah lena tidur. Tak sangka Ali Puteh bongkarkan 700k kritikkan yg dia terima sejak harta Abam diperkatakan.

PELAWAK Ali Puteh, 31, menerima lebih 700,000 kritikkan menerusi mesej langsung (DM) daripada warganet di Instagram sebelum ia diambil orang. Ia berikutan isu keluarga membabitkan ‘kejadian dingin’ dengan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali yang juga balu Abam berkaitan pembahagian harta.

Ali ketika ditemui selepas majlis tahlil Abam anjuran Astro di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, malam semalam berkata, dia tidak menduga dikritik sebegitu teruk oleh warganet. “Saya dan keluarga dih1na teruk dan maruah kami diaibkan. Kritikkan dilemparkan warganet kepada kami sekeluarga sangat hebat.

Namun, selepas saya mengadakan sidang media baru-baru ini menjelaskan cerita sebenar, lebih 90,000 DM meminta maaf yang saya terima. “Dengan seikhlas hati, saya tegaskan segala dosa mereka (warganet) yang kritikan saya dan keluarga sudah dimaafkan. Saya berlapang dada memaafkan anda semua,” katanya.

Ali berkata, sejak abangnya itu telah pergi buat selamannya dan timbul isu dengan kakak ipar, dia tidak boleh tidur. “Tidur saya tidak pernah lena selepas apa yang berlaku itu. Jadi, sekarang saya sangat menjaga percakapan terhadap apa yang nak dikomen supaya tidak timbul lagi sebarang isu.

“Hanya dalam beberapa hari lalu tidur saya mula dirasa tidak terganggu apabila isu keluarga sedikit reda dan warganet lebih memberi tumpuan kepada hal politik negara. “Alhamdulillah, Allah SWT makbulkan doa saya untuk tenang semula, boleh tidur dan tidak terlalu memikirkan isu yang terjadi.

Apapun, saya sedar ujian yang harus dihadapi ketika ini sangat besar dan akur menerimanya kerana yakin perlu sentiasa bermuhasabah diri,” katanya. Enggan melatah dengan kritikan warganet, Ali berkata, fokusnya kini lebih ditumpukan pada tanggungjawab menjaga ibu, Sabariah Arshad, 63, dan keluarga selepas pemergian Abam.

Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Ridzuan, dia juga dalam usaha mahu menyelesaikan isu yang tercetus dengan kakak ipar secepat mungkin. Selepas tiga minggu Abam pergi buat selamanya, Ali yang ditanya adakah pernah bermimpi Abam mengakui ada bertemu dalam mimpinya.

“Dia (Abam) ceria dan senyum saja dalam mimpi itu. Dapat juga saya memeluknya untuk melepaskan rindu. Alhamdulillah,” katanya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber harian metro

Be the first to comment on "Sebab harta Ali tak pernah lena tidur. Tak sangka Ali Puteh bongkarkan 700k kritikkan yg dia terima sejak harta Abam diperkatakan."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*