Dato Aliff orang luar jgn masuk campur. Tak sangka ini respon padu Achey dan Fad tentang harta Abam yang sedang hangat diperkatakan

Sahabat merupakan seseorang yang selalu ada dalam keadaan apapun, susah maupun senang. Meski terkadang terpisah jarak, sahabat akan berusaha untuk membantu saat kita berada dalam kesulitan. Persahabatan sendiri dibangun atas dasar saling percaya atau karena pertemanan yang lama, bahkan sejak dari kecil, sehingga layaknya sebagai saudara kandung sendiri.

Anggota Bocey, Achey dan Fad terkilan dengan krisis keluarga sahabat baik mereka, Abam yang hingga kini menjadi bualan hangat. Achey berkata, isu sedemikian tidak sepatutnya berlaku apatah lagi berkaitan harta ditinggalkan yang boleh diurus secara faraid.

Apa yang berlaku adalah masalah dalaman keluarga. Jadi, sewajarnya ia dibincangkan dan diselesaikan secara tertutup. Aib keluarga itu harus disimpan. Sebenarnya saya sedih dan terkilan dengan apa yang berlaku kerana pemergian Abam dalam keadaan sangat baik,” katanya kepada Harian Metro.

Achey yang tidak menyebelahi mana-mana pihak berkata, dia menyarankan pihak keluarga Abam dan balunya, Nor Hidayah Mohd Ali bersama-sama ke pejabat agama untuk menyelesaikan secara baik. “Isu harta membabitkan pembahagian faraid ini sewajarnya diselesaikan mengikut perundangan agama dan kedua-dua pihak rujuklah dengan pejabat agama. Apapun, saya mengharapkan perkara ini dapat diselesaikan segera di antara sesama keluarga. Usah dibiar terus berpanjangan,’ katanya.

Ditanya tidakkah dia dan Fad mahu membantu menyelesaikan perkara itu, Achey berkata, sebagai sahabat rapat Abam dan walaupun tahu sedikit sebanyak cerita sebenar tetapi mereka adalah orang luar. “Ini masalah keluarga Abam. Sebagai sahabat akrab, saya dan Fad masih tahu tahap batas kami.

Serapat mana hubungan kami bertiga dalam Bocey sejak dulu, kami tak boleh campur tangan masalah keluarga mereka. Kami orang luar. Apa yang boleh dilakukan hanya memberi nasihat, pandangan dan pendapat. Selebihnya, terpulang pada mereka sama ada Ali sekeluarga dan Hidayah mahu menerima atau tidak,” katanya.

Mengulas mengenai tindakan Hidayah yang did@kwa membuka mulut bercerita sendiri dalam temuramah secara langsung bersama usahawan, Datuk Aliff Shukri, Achey berkata, wanita itu membuat perkongsian pada pihak yang salah.

Pihak berkenaan pun orang luar dan tidak sepatutnya perkara sensitif membabitkan hal dalam keluarga dikongsikan sebegitu. Perkara yang bagi saya masih boleh dibawa berbincang dan untuk itu tidak perlu dikongsikan kepada umum iaitu pihak luar yang merakamnya pula dan dimuat naik ke media sosial,” katanya.

Sementara itu, Fad berkata, dia mendoakan yang terbaik buat dua keluarga itu. Katanya, dia dan Achey lebih memberi perhatian kepada anak Abam iaitu Syed Uthman Hamzah Al Juffrey. “Hamzah masih kecil dan baru berusia lapan bulan. Dia pun rasanya belum betul- betul dapat kenal dengan bapanya.

Tanggungjawab saya dan Achey memastikan Hamzah mendapat kasih sayang seorang bapa yang diperlukan. Kami selalu saja melawat Hamzah dan ibunya untuk mengetahui perjalanan kehidupan mereka,” katanya. Achey dan Fad ditemui media selepas majlis tahlil Abam yang dianjurkan Astro di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, malam tadi.

Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ridzuan meninggal dunia pada 10 Februari lalu di kediamannya di Gombak. Terkadang kita sulit mengungkapkan arti sahabat bagi diri kita. Bahkan tak jarang pula dari mereka yang sangat sulit menemukan pengganti sahabatnya itu. Muncul perasaan tak ada orang lain yang bisa mengerti dirinya selain sahabat sendiri. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Kredit:Hmetro

Be the first to comment on "Dato Aliff orang luar jgn masuk campur. Tak sangka ini respon padu Achey dan Fad tentang harta Abam yang sedang hangat diperkatakan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*