Ya Allah ampunilah dosa. Tak sangka dulu Abam dan Fasha Sandha sampai mengucap selamatkan diri dari lipas terbang.

Pelakon jelita dan ibu kepada dua orang cahaya mata, Fasha Sandha kian sibuk menjalani penggambaran telefilem bersempena dengan bulan Ramadhan dan bulan Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi. Fasha juga turut digandingkan bersama dengan pelawak terkenal daripada kumpulan Bocey iaitu Abam.

Tak lama dulu, Fasha telah memuatnaik satu video dia bersama dengan Abam Bocey dan dua orang lagi selebriti kanak-kanak ketika sedang menjalani penggambaran. Video tersebut tealah dimuatnaik di laman Instagram miliknya beserta dengan kapsyen panjang lebar. Menurut Instagram Fasha, suasana penggambaran menjadi riuh rendah hanya disebabkan seekkor lipas terbang.

Malah, Fasha turut memberitahu video ni memang kelakar dan rugi kalau warganet tidak menonton. Dalam video itu, Fasha dan Abam lari menyelamatkan diri mereka. Comel habis bila dengar Abam cakap banyak kali “Ampuni lah dosa ku” disebabkan takut punya pasal dengan lipas terbang.

Fasha yang takut pun cepat-cepat menyorok. Sempat juga Fasha menyelamatkan diri dengan beg duit dia sekali. Rata-rata warganet yang menonton video yang dimuatnaik oleh Fasha Sandha berasa sangat terhibur. Malah, ada warganet yang tak jemu ulang video tersebut secara berulang kali. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Fasha dan Abam selamatkan diri daripada seekor lipas terbang…

Sumber : DiariDunia

Be the first to comment on "Ya Allah ampunilah dosa. Tak sangka dulu Abam dan Fasha Sandha sampai mengucap selamatkan diri dari lipas terbang."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*