Guna nama Sudirman. Tak sangka peminat Tokti serbu ruangan komen gambar yg dimuatnaik Noraniza Idris.

TINDAKAN penyanyi Noraniza Idris berkongsi foto lukisan kartun dia bersama lagenda Datuk Sudirman Arshad dengan kapsyen melabelkan Datuk Sudirman Arshad sebagai ‘penyanyi nombor satu’ mengundang rasa kurang senang segelintir warganet.

Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani, 52, did@kwa sengaja menimbulkan provokasi terhadap penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza dan peminatnya di Instagram. Noraniza ketika dihubungi mStar memberitahu, dia tidak menyangka penulisannya itu disalah erti dan dimanipulasikan warganet sehingga dirinya dianggap sengaja ingin bersaing dengan penyanyi berkenaan.

Kapsyen yang ditulis Noraniza mengundang rasa kurang senang segelintir warganet. “Penulisan itu ditulis secara peribadi dengan menggunakan bahasa santai. Saya tidak mahu terlalu formal dan bataskan penulisan sehingga terpaksa jadi hipokrit.

“Tapi tak sangka pula gelaran yang saya tulis Sudirman adalah penyanyi Asia nombor satu Malaysia itu disalah erti dan mula dimanipulasi. “Ada komen wargbanet yang buat saya rasa tersentap kerana dianggap ‘gigih’ nak berlawan dengan seseorang. Saya rasa tercabar tetapi malas nak layan sangat.

“Sebab itu saya ada muat naik satu lagi status yang mengatakan saya berhak untuk menulis apa sahaja dan tidak perlu dikritik,” katanya kepada mStar. “Niat saya berkongsi itu sebagai tanda penghormatan kepada arwah Sudirman.” – NORANIZA IDRIS, PENYANYI

Sebelum ini, kapsyen di foto lukisan kartun Sudirman bersama Noraniza yang dimuat naik penyanyi itu mengundang perbalahan dalam kalangan peminat Siti Nurhaliza. Menerusi laporan Harian Metro, Siti meminta peminatnya bertenang dan tidak bertindak melulu dalam menulis sebarang komen di laman sosial terutama berkaitan isu melibatkan Noraniza.

Kata penyanyi Anta Permana itu, dia menyedari ada segelintir warganet yang bukan dalam kalangan peminatnya yang tinggalkan komen berbentuk provokasi. Dalam pada itu, Noraniza memberitahu dia hanya mampu bersabar dengan komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Noraniza berkongsi foto kenangan bersama Sudirman. Noraniza turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tergores hati dengan penulisannya dan menjelaskan perkongsian itu sekadar memberi tanda penghormatan kepada Sudirman.

“Bila dah masuk kisah busuk hati, AJL kalah makan hati… Astaghfirullah, saya mampu mengucap saja. Bahasa-bahasa mereka nauzubillah. “Macam itu ke budak-budak sekarang meletakkan kita sebagai orang lebih tua di tapak kaki mereka sahaja. Terlalu taksub dengan perkataan nombor satu dan sengaja cetuskan isu.

“Apa-apa pun, saya mohon maaf jika ada yang tergores hati. Niat saya berkongsi itu sebagai tanda penghormatan kepada Sudirman. “Sebagai peminat Sudirman, sudah tentu saya teruja dan tak nak lepaskan peluang kongsikan kenangan itu di Instagram,” ujarnya. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Mstar

Be the first to comment on "Guna nama Sudirman. Tak sangka peminat Tokti serbu ruangan komen gambar yg dimuatnaik Noraniza Idris."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*