Shida biarkan suaminya enjoy. Tak sangka ini punca mengejutkan Shida dan suami mudanya telah berpisah

Apa Yang Saya Harapkan, Biarlah Dia ‘Enjoy’ Dengan Kehidupan Sekarang Sebab…,” – Harapan Bienda Buat Ibunya, Sheeda Selepas Bergelar Ibu Tunggal. Penyanyi Bienda atau nama sebenarnya, Nor Razlinda Razli yang kini berada di tanah suci Mekah bagi menunaikan umrah bersama suaminya akui mahu mendoakan yang terbaik buat kenalan, termasuk memohon kebahagiaan berpanjangan buat ibu tersayang, penyanyi Sheeda.

Katanya kepada MH, apa yang telah dilalui si ibu yang kini kembali bergelar ibu tunggal adalah sesuatu yang tidak mudah untuk ditelan. “Sudah tentu saya akan mendoakan kebahagiaan mama. Kalau diikutkan, selain dia pastinya juga buat suami, anak-anak, keluarga serta sahabat handai. Doa untuk semua, usah kedekut doa.

“Kata orang lagi banyak orang yang kita mendoakan, lebih baik,” akui Bienda jujur. Ditanya mengenai apa yang telah berlaku dalam kehidupan peribadi Sheeda, anak kedua daripada tiga beradik ini percaya ibunya seorang yang kuat. Sebagai anak, sudah pasti dia mengharapkan yang terbaik.

“Untuk mama, saya percaya dia seorang yang kuat, sudah lalui beberapa proses perpisahan sebelum ini. Dia seorang yang positif. Hubungannya dengan Daddy (panggilan Bienda buat bekas bapa tiri) masih lagi baik. “Sebagai anak saya kagum punyai ibu yang memiliki hati yang sangat baik, suka tolong orang. Saya sebagai anak lebih mengenalinya.

“Apa yang saya harapkan kini, biarlah dia ‘enjoy’ dengan kehidupan sekarang sebab sebelum ini dia banyak berkorban untuk orang lain. “Orang luar tidak tahu macam mana mama struggle. Mungkin kami bukan jenis yang suka kongsi mengenai hal peribadi, mana yang terdekat tahulah.

“Mama sejak muda jalani hidup susah. Maksudnya bercerai kemudian bergelar ibu tunggal, kerja dengan menyanyi tanggung anak-anak sampailah kami besar,” ulasnya. Pada masa sama, penyanyi yang sinonim menerusi lagu Penantian ini turut bersimpati atas apa yang berlaku seterusnya cuba memberi sokongan berterusan buat ibu.

“Lalu bila kita ni anak perempuan bila sudah berkahwin, sudah ada tanggungjawab sendiri dan hanya boleh bantu sedaya mampu. c“Akan tetapi saya akan tetap ‘fight’ untuknya. Bila ibu kita menjadi ibu tunggal, sudah tentu kita sebagai anak kena bantu. Sebanyak mana yang kita mampu tolong, kita tolong.

“Dia juga pernah kahwin beberapa kali sebelum ini, kesian padanya. Kalau ditanya pada saya, sebagai ibu… Dia di mata saya sudah cukup baik. “Saya mengharapkan sesuatu yang baik hanya untuknya. Dia pikul tanggugjawab yang besar,” ujar ibu kepada dua cahaya mata ini lagi.

Difahamkan, Sheeda yang terkenal menerusi lagu dangdut, Angkat Kaki berpisah dengan suaminya sejak pertengahan tahun lalu. MH

Bersyukur Allah atur suami lebih muda’

PENYANYI dangdut Sheeda, 54, mengakui selesa bersikap terbuka memikirkan perjalanan jodohnya bersama suami, Sukri Hashim, 37. Ujar penyanyi lagu Angkat Kaki itu, dia sentiasa sedar dengan realiti sebenar kewujudan perbezaan jarak usia ketara 17 tahun di antara dirinya dan suami tercinta.

“Saya tahu suami lebih muda dan untuk itu memang saya perlu akur beberapa perkara yang berkemungkinan boleh berlaku. “Apapun, setakat ini saya tidak mahu memikirkannya. Saya hanya mahu bersyukur dengan aturan jodoh yang sudah Allah SWT tetapkan buat kami.

“Selama 11 tahun hidup bersama, kehidupan rumah tangga dibina, Alhamdulillah bahagia dan kami dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Aiman, 10,” katanya. Sheeda atau Rashidah Hamid berkata meskipun usianya lebih matang tetapi tidak sesekali memperkotak katik status suaminya.

“Saya tidak pernah bersikap terlalu dominan terhadap suami kerana tetap menghorm@ti dirinya sebagai ketua keluarga. “Malah, sebagai isteri saya juga tahu tanggungjawab diri untuk sentiasa menjaga pemakanan dan keperluan suami,” katanya

Sheeda pernah berkahwin dua kali sebelum bertemu jodoh dengan Sukri berkata mereka saling hormat menghorm@ti di antara satu sama lain. “Kami selalu berbincang jika ada masalah rumah tangga. Malah, kami adalah kawan paling rapat dan sering ke mana bersama-sama.

“Saya melihat ukuran kebahagiaan dalam rumah tangga kami tidak terletak pada jarak beza usia atau siapa bersikap dominan. “Sebaliknya paling utama bagaimana pasangan suami isteri itu mengemudi rumah tangga dibina mereka,” katanya. Sheeda yang juga ibu kepada penyanyi Bienda berkata selain diterima baik suaminya,

ibu mentua turut menerima kehadirannya dalam keluarga mereka dengan baik. Ujarnya, ibu mentua turut menggelarnya ‘menantu emas’ mungkin dek kerana usia yang jauh jaraknya dengan suami. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Shida biarkan suaminya enjoy. Tak sangka ini punca mengejutkan Shida dan suami mudanya telah berpisah"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*