Lambaian dgn senyuman. Demi negara tercinta Ahli Parlimen nekad naik bas bersama sama menuju ke Istana Negara.

Beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan Pas tiba di Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebentar lagi.Lebih menjadi perhatian apabila mereka menaiki bas yang disediakan dari Menara Dato Onn Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) untuk ke lokasi tersebut.

Barisan ahli parlimen Pas bertolak ke Istana Negara pada jam 2.40 petang menaiki bas yang disediakan di Menara Dato’ Onn PWTC di Kuala Lumpur.“Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak kelihatan turut serta dipercayai menuju ke Istana Negara dengan kenderaan peribadi,” lapor Sinar Harian.

Sering keluar bertugas menggunakan kereta berjenama mewah, perkara ini sekaligus membuktikan komitmen barisan Ahli Parlimen bagi menghadap baginda demi kesejahteraan negara.

Tiba di Istana Negara

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Harian Metro , Sinar Harian , malaysiakini

Be the first to comment on "Lambaian dgn senyuman. Demi negara tercinta Ahli Parlimen nekad naik bas bersama sama menuju ke Istana Negara."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*