Sayunya Tiara macam nampak  je Abam kat situ. Siap lambai lagi. Tak sangka ini reaksi ank Achey bila bawa pegi ziarah tanah persemadian Abam.

Umum mengetahui, pemerian Abam Bocey cukup tinggalkan kesan buat selebriti terkenal yang juga selaku ahli kumpulan Bocey iaitu Achey. Keakraban Abam bersama Achey dan Fad sememangnya membuatkan ramai memuji persahabatan mereka. Namun siapa menyangka, kumpulan Bocey kini tinggal berdua. Walau bagaimanapun, persahabatan mereka membuatkan Fad dan Achey akan meneruskan legacy Bocey.

Apa yang menjadi perhatian menerusi laman Instagram milik Achey, gelagat anak perempuannya bersama dia menziarahi Abam membuatkan ramai tersentuh. Meskipun sudah lebih dua minggu pemergiaan Abam, rakan karibnya itu tetap melakukan seperti yang dilakukan sebelum ini.

Bahkan, menerusi video yang telah dimuat naik dimana dia menziarahi tanah persemadian Abam bersama anak perempuannya dikenali sebagai Tiara menunjukkan disaat akhir video, anaknya itu sempat melambai Abam. Sehinggakan perkara tersebut membuatkan peminat dan pengikut turut sama sayu dan mengatakan anaknya itu seolah melihat rakan karib ayahnya itu.

“Bam pinjam TAMAN untuk sesi pembelajaran Tiara harini. Tak nak blk plak dia,” ujar Achey menerusi video di IGTV dimana sehingga kini posting itu meraih lebih 440,000 tontonan serta menerima lebih 100 ribu tanda suka apabila dapat melihat gelagat anak Achey bersama melawat pusara arw4h Abam.

Malah video itu juga membuatkan peminat turut merinduai Abam Bocey disamping diruangan komen warganet juga berpeluang tinggalka doa buat ahli kumpulan Bocey itu. “Halaahhh… sedih pulak tengok Tiara lambai…”

Menerusi posting terbaru tentang kisah semalam, Achey memberitahu bahawa sebelum Hamzah iaitu anak Abam hadir, anaknya itu, Tiara merupakan satu-satunya baby yang tidak takut kepada Abam. “Istimewa Tiara dengan Abam…”

Sumber: Instagram Achey/HCL

Be the first to comment on "Sayunya Tiara macam nampak  je Abam kat situ. Siap lambai lagi. Tak sangka ini reaksi ank Achey bila bawa pegi ziarah tanah persemadian Abam."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*