Redha dengan pemergian ank. Akhirnya ibu Ashraf Sinclair tampil buka mulut luahkan sesuatu buat warganet sebak.

“Terima kasih kepada semua insan dalam dunia ini.” Demikian luahan ibu kepada Ashraf Sinclair, Khadijah Abdul Rahman yang tenang dan reda menghadapi pemergian anak sulungnya itu. Khadijah meluahkan perasaan menerusi Instagram miliknya, mengucapkan penghargaannya atas perhatian orang ramai terhadap permata hatinya itu.

“Saya tak tahu mahu bermula daripada mana. Terlalu berat dan sukar menggambarkan perasaan saya ketika ini. “Bagaimanapun, saya perlu mengatakannya bagi pihak anak saya, Ashraf. Terima kasih kepada semua insan dalam dunia ini yang berkongsi kesedihan dan keskitan atas pemergian Ashraf Daniel Mohamed Sinclair. 

“Allah SWT mempunyai rancangan untuknya dan kami dengan tulus hati reda atas pemergiannya. Walaupun sukar untuk menerima, tetapi semoga kehidupannya selama 40 tahun ini menjadi terbaik untuk alam akhirat,” katanya.  Terdahulu,Ashraf yang berusia 40 tahunpergi menghadap illahi akibat jantung.

Ashraf diuruskan  di Tanah Persemadian San Diego Hills, Karawang, Jawa Barat, Indonesia. Ashraf tinggalkan seorang isteri, Bunga Citra Lestari dan anak lelaki, Noah Aidan Sinclair yang berusia 10 tahun. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Instagram Dida Sinclair

Be the first to comment on "Redha dengan pemergian ank. Akhirnya ibu Ashraf Sinclair tampil buka mulut luahkan sesuatu buat warganet sebak."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*