Dikatakan terkena buatan orang. Linda Rafar akui dirinya makin down gara gara terkena buatan orang. Tak sangka rupanay ini yang berlaku.

Pelakon dan penyanyi, Linda Rafar mengakui bahawa dia berasa sed1h dan seolah-olah hilang semangat selepas s4kit pelik yang dialaminya dikatakan terkena buatan orang sejak sebulan lalu menerpa dalam hidupnya. Perkara itu diluahkan Linda menerusi satu posting yang dimuat naik di Instagram.

“Mak.. Linda tak sihat dah sebulan mak. Mak tak ada, tak tahu nak mengadu kat siapa..jika mak tau keadaan Linda..mak tolong doakan Linda mak,” katanya. Luahan tersebut turut disertakan dengan sepotong rakaman video yang mamaparkan dia bersama ibunya, Rasimah Abd Rahman yang ketika itu sedang s4kit di h0sp1tal.

Perkongsian Linda itu kemudian mendapat pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya, termasuklah isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan. Begitupun, apa yang menjadi perhatian apabila Linda dalam jawapan balasnya kepada komen Tya memberi bayangan bahawa dia seperti tertekan dengan keadaan kesihatannya sekarang.

“Ye Tya, akak makin down dan down. sed1h je tak tahu kenapa! Mungkin Allah nak akak berhenti dengan dunia dan fokus pada-Nya. Doakan akak ya Tya,” tulis Linda. Pada masa sama, ramai pengikutnya memberikan sokongan berterusan kepada isteri pelakon Syed Aiman itu agar terus kuat mengharungi dugaan hidup.

“Kak linda masih tak sihat ye?.. Kak linda amalkan Ratib al-Attas ya.. Semoga Allah sembuhkan Kak Linda. “Linda kena kuat. Itu salah satu kunci untuk sihat. Dekat dengan orang yang boleh beri aura positif pada kita selain daripada usaha dan doa,” tulis sebahagian komen pengikutnya.

Terdahulu, Linda mengatakan dirinya terkena buatan orang selepas merujuk kepada seorang ustaz selepas menyedari sesuatu yang tidak kena pada dirinya setiap kali tiba waktu senja. Ekoran keadaannya itu, Linda turut mengatakan dirinya kini semakin mengalami susut berat badan.

Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Gempak

Be the first to comment on "Dikatakan terkena buatan orang. Linda Rafar akui dirinya makin down gara gara terkena buatan orang. Tak sangka rupanay ini yang berlaku."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*