Ini kritikan pedas dari warganet selepas tular sekeping gambar adegan kurang manis suami Emma Maembong dengan Chacha Maembong.

Tarikh cantik 20.02.2020 telah menjadi pilihan beberapa artis untuk mengabadikan detik bersejarah dalam hidup mereka dengan melangsungkan pernikahan. Sudah tentu ia akan menjadi tumpuan media berikutan tarikh tersebut hanya berlaku sekali sahaja. Salah seorangnya adalah Emma Maembong yang memilih tarikh itu sebagai simbolik penyatuan cintanya dengan pasangan hati.

 

Wah! Akrabnya adik ipar & abang ipar. Pada pagi Khamis itu, Emma Maembong  telah sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang. Dia yang merahsiakan perkahwinannya tersebut telah menjadi tumpuan media apabila gambar-gambar perkahwinannya dimuat naik ke laman sosial. Namun begitu, beberapa gambar yang dimuat naik telah menjadi pertikaian warganet apabila dia dan suami telah mencium adik perempuannya iaitu Chacha Maembong diatas pelamin.

 

 

Kenapa adik dia duduk tengah2. Mungkin pada mereka ia bukanlah satu kesalahan memandangkan mereka sudah bergelar ahli keluarga, namun bagi sesetengah warganet, perkara tersebut dilihat kurang manis.

 

Beli satu percuma satu ke?. Ia bukan sahaja mendatangkan f1tnah malahan menjadi asbab sesetengah warganet mengeluarkan sindiran. Hal tersebut juga telah tular dan terlihat beberapa orang yang tidak selesa dengan adegan sebegitu.

 

Ikut promo KFC kot, Civm2 manja je tu, Cara nak trending?, Terperanjat akak!

 

 

 

 

Terdahulu, Emma dan Muhammad Shazli Azhar, 32, telah sah bergelar suami isteri apabila majlis akad nikah pada Khamis lalu diadakan secara tertutup di sebuah premis acara di Bukit Damansara. Majlis tersebut juga dihadiri oleh ahli keluarga dan juga sahabat rapat sahaja. Mereka dijangka mengadakan majlis resepsi pada Mac depan.

 

Sumber : SoyaLemon

Be the first to comment on "Ini kritikan pedas dari warganet selepas tular sekeping gambar adegan kurang manis suami Emma Maembong dengan Chacha Maembong."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*