Belum settle lagi hal bahagi harta tak sangka ini pula yang terjadi pada Ali Puteh. Warganet terkejut dengan apa yang terjadi padanya.

Kisah antara salah faham antara pelawak Ali Puteh dan juga balu Abam Bocey, kini semakin menjadi perhatian warganet dan juga beberapa rakan artis. Malah, Ali Puteh sehinggakan mahu mengambil keputusan untuk mengundur diri daripada industri hiburan, ekoran daripada isu pembahagian harta Abam yang sedikit sebanyak memberikan imej buruk terhadap dirinya. Belum reda dengan isu harta, kini dimaklum bahawa laman Instagram pula di godam sampai beliau terpaksa membuka satu lagi akaun baru. Perkara itu, diberitahu sendiri oleh Ali Puteh menerusi laman akaun Instagram terbarunya, menyatakan bahawa akaun lain merupakan akaun palsu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut di IG Ali, terus memberikan kata-kata semangat kepadanya, agar sentiasa tabah dan sabar menghadapi dugaan Allah.

SUMBER : Ali Puteh

K0ntr0versi yang melibatkan nama pelawak Ali Puteh turut melibatkan orang sekeliling dan insan tersayang. Antaranya, isteri Ali yang teruk dikritik hamun sehingga anak dalam kandungan turut disumpah seranah. Melati Fitri Abdullah pada Khamis telah memuat naik paparan skrin seorang individu yang melemparkan kata-kata berbaur hin4an kepadanya. Posting Melati turut mendapat perhatian sahabat-sahabat pelawak dan Abam yang terkejut dengan tindakan melampau individu terbabit. Mereka turut menasihati supaya isteri pelawak tersebut supaya terus kuat dan bersabar serta menjauhi media sosial buat seketika kerana bimbang Melati tertekan dan menjejaskan kandungan.

Antara mesej yang diterima

Menerusi pemerhatian Gempak, identiti individu yang menghantar pesanan kepada Melati itu sudah tidak ditemui. Dalam pada itu, Ali ketika diminta mengulas mengenai perkara tersebut berkata dia tidak menyangka ada manusia yang sanggup mengeluarkan kata-kata kes4t seumpama itu. “Banyak lagi yang dahsyat…Ada yang kata anak dalam kandungan isteri tu anak set4n (syait4n). “Tak apalah, saya maafkan dan mendoakan yang baik-baik buat mereka,” katanya ketika ditemui selepas majlis sidang media di The Port.my di Bandar Utama, pada petang Jumaat.

Sumber : GEMPAK

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Be the first to comment on "Belum settle lagi hal bahagi harta tak sangka ini pula yang terjadi pada Ali Puteh. Warganet terkejut dengan apa yang terjadi padanya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*