Tak bagi pakai kereta sampai cabut roadtax dan dompet lusuh diambil. Warganet syak adik beradik Ali takut harta Abam habis ditangan isteri Abam

PELAWAK, Ali Puteh menerusi temubual di akaun Instagram @officialriax meminta semua pihak supaya tidak hanya mendengar kenyataan daripada sebelah pihak sahaja mengenai isu kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali yang dikatakan dianiaya oleh keluarga Ali selepas pemergian Abam Bocey.

Dalam temu bual itu, Ali menjelaskan hal sebenar yang membuatkannya mengeluarkan kenyataan berbaur emos1i dan kasar di Instagram terhadap Nurhidayah, semalam. Tindakannya itu sudah dimaklumkan kepada Siti Nurhidayah dan kakak iparnya itu sudah bersetuju. Pelbagai reaksi diberikan oleh warganet dan rata-rata mereka mengkritik Ali

Berikut perkongsian dari salah seorang warganet berkenaan Isu Ali dan Kakak Ipar beliau

First of all, apa yang aku nampak.. Ni adalah ketidaksefahaman antara ipar dan duai. Apa yang ali cakap, tak semua selaras apa yang si balu sampaikan. (Bila kita dh simpan perasaan tak suka kita dah anggap dia tamak harta, dia ckp apa pun ko nampak psl harta. Ko tak nampak side dia sbg perempuan. Perempuan kg pulak ali)

Dlm live si balu sikit tak cakap psl keluar rumah sehelai sepinggang. Takda keluar perkataan grab. Takda keluar perkataan sepatah pun dr mulut mak ayah dia membvrukkan keluarga kau ali. Si balu ckp dia mintak kunci velfire. Korg tak kasi. Bila tahu dia nak balik kampung korang sampai cabut roadtax. Mungkin kt situ dia keci1k hati. Conversation masa tu korg je yg tawu ali.

Mybe kata kata or cara korg yg korg rasa biasa biasa je bg dia sangat terasa. Si balu ada mention wlaupun tak bg kunci velfire. Tp bg jgk g klinik. Maknanya betul ko cite ali. Mmg pegi klinik. Tp naik myvi. Pojie yg bwk. Kenapa tak naik velfire mcm mula2 dia mintak.

Mybe kt situ si pempuan dh kecik hati bro. Ko kalut sangat ali. Gel0joh bro. Smpai duit dlm tabung pun ko kesah. Lantak dia la nak amik bro. Duit tabung laki dia. Tak tak dia pun selalu isi gak tabung tu ko mana taw. Ali ali

Adik Beradik Nampak Takut

Nampaknya korg adik beradik macam takut, yela sb korg dah taw korg tak dak hak. Bini bru dtg tiba tiba dpt 1/8 dr harta abang korg yang korh duk tumpang selama ni… mmg la mcm nk keronyok muka kak ipar time ni eh b3ngang mybe sb tu korg sakit kan mentaal dia smp lari balik umah mak lah… wallahualam

Pst *kat sini semua yg si balu cite, selaras dengan ko cite. Tapi aku nampak si balu ni tak macam kau. Tak pandai explain. Tak pandai bercakap mcm kau explain. So yang ko tudvh dia ckp psl grab sehelai sepinggang bagai, semua yg warganet cakap. Bukan si balu yg cakap… dia cite short short je. Tp apa yg dia cite tu betul.

Okay psl dompet psl hp. Dia ckp korg amik je which is memang betul. Tp dia takda cite lebih tak ada tuduh apa pun. Dia jwb apa yg dorg tya. Masalah kat sini ko harap dia kebal. Duduk kt situ. Tapi dengan tindakan ko, yg ko rasa betul. Tp ko tak tawu dia terasa. Dgn statement ko kt wartawan, psl rumah psl kete. Asik mention akan diberi pd waris iaitu anak Abam mcm dia tak wujud dan takda hak. Ofcos la beb dia rasa takut! Mcm menumpang kt rumah tu, tp tak diperlukan.

Duit Cash Pun Berkira

Ada ke patut ko tanya psl duit cash dlm dompet laki dia? Cara ko soal pun dh bt org s3ntap. Berapa la sangat cash tu yg ko berkira sangat smp nk faraid kan jgk?? Ko faraidkan bnda bsr, duit dlm bank, rumah tanah kereta. Duit dlm dompet tu biarkan la, dia nak beli modes ke pampers anak ke teh ais ke.

Mesti la perlu cash bro. Takkan tu nak mintak izin. Paham paham sendiri la. Abaikan la. .(nampak sangat setiap walau 10 sen pun ko kisahkan nk faraid??) Mana taknya pempuan tu jd tak suka nk duk situ. Umpama sekarang ni dia anggap ko tamak harta, ko anggap dia tamak harta. So 2×5 jela.

Ko yang tak pandai manage. Tak pandai manage perasaan org. Org pempuan. Bru hilang punca rezeki tmpt bergantung. Cara ko buat mcm dia rasa dia takda hak tak penting. Pasal jam g shock la ape ke benda semua tu. Ko tak boleh ke anggap tu brg peribadi yg si balu boleh jadikan kenangan?

Ko kisah jgk kan psl jam?? Jam bro?? Walaupun ribu ribu, tp itu brg kecik bro. Umpama aku amik simpan laki aku pya jam tangan untuk kenangan. Suka ati aku la. Takkan tu pun salah ? Nampak jgk kt sini ati ko pandangan ko kat kak ipar ko tak elok sikit..

Jam tu kecualikan la dr faraid. Tu pun ko nak mention. Nampak sangat mcm ko kisah sangat dengan setiap sesen harta Abam nk faraidkan. Common la… Malas nak cakap banyak. Ko pelakon aku taw ko lebih pandai bercakap dr hidayah tu. Eh up la video sebelum ni lagi sekali.

Aku rasa ko lupa ali ape yg ko ckp kat wartawan dr hari pertama lagi Abam takde. (Lain benau bunyi dia) But still bro. I hav no respect anymore…selamat malam. Note* Pastikan korang bandingkan video video  yang ali ulas memang putar belit dgn explaination baru. Kami tak sokong melulu.. Semoga Allah beri jalan penyelesaian yang terbaik. Amin. Setakat artikal ini ditulis luahan Deeyla Rusly di fb beliau telah mendapat 7.5 ribu perkongsian

Berikut pula perkongsian dari Edi Arjuna di FB beliau

Bila sampai masa aku nanti, wallet ni jadi hak milik mutlak bini aku. Orang lain tak boleh pegang. Abang ka kakak ka adik ka pakngah paklong paksu semua jangan gatai nak amik simpan. Bini aku ja ada hak atas benda ni. Tak tak…bukan sebab wallet ni banyak duit. Bukan sebab banyak kad dalam tu.

Aku bukan orang kaya. Tapi sebab ia ada sentimental value dalam kehidupan rumahtangga kami. Time tebal, aku bagi dia. Time kosong, dia tolong tampung. Biarpun dah kusam, lunyai, rabak… Ia tetap sentimental. Susah senang kami wallet ni jadi saksi. Orang lain tadak hak, tadak kepentingan apa pun dalam tu. Faham tak apa aku cakap ni?

Faraid harta berdasar Ashabul-Furud

Saya dan suami membeli sebuah rumah teres. Kami hanya mempunyai seorang anak lelaki. Jika suami telah pergi buat selamanya, adakah 50 peratus daripada harga nilai rumah itu difaraidkan kepada ibu, ayah serta adik-beradik suami? Siti Raihanah, Klang

Pensyariatan bagi pembahagian harta pusaka menurut faraid ada dinyatakan di dalam al-Quran.

Firman Allah bermaksud: “Allah perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua anak perempuan. Tetapi, jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah dua pertiga dari harta yang ditinggalkan.

Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah satu perdua (separuh) harta itu. Dan bagi ibu bapa, tiap-tiap seorang dari keduanya: satu perenam dari harta yang ditinggalkan, jika beliau itu mempunyai anak. Tetapi, jika tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanya kedua ibu bapanya, maka bahagian ibunya ialah satu pertiga.

Kalau pula beliau itu mempunyai beberapa orang saudara (adik-beradik), maka bahagian ibunya ialah satu perenam. (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat yang diwasiatkan oleh beliau dan sesudah dibayarkan hutangnya.

lbu bapa kamu dan anak-anak kamu, kamu tidak mengetahui siapa di antaranya yang lebih dekat serta banyak manfaatnya kepada kamu (Pembahagian harta pusaka dan penentuan bahagian masing-masing seperti yang diterangkan itu ialah) ketetapan dari Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana..” (Surah al-Nisa’, ayat 11)

Sekiranya berlaku pemergian seseorang kepada pemilik harta, maka semua harta yang ditinggalkan itu termasuk dalam kategori harta pusaka. Melainkan ada harta itu dibuat pengurusan secara hibah atau wakaf, maka ia terkecuali daripada pembahagian secara faraid.

Selepas diselesaikan hak lain ke atas harta pusaka seperti perbelanjaan pengurusan beliau, hutang piutang, hibah, wasiat dan harta sepencarian, maka baru harta itu boleh dibuat pembahagian faraid. Bagi pembahagian secara faraid, perlu diketahui siapa waris yang layak menerimanya.

Jalan untuk melakukan pembahagian pusaka adalah meneliti terlebih dulu siapa waris yang berhak menerima pusaka dengan jalan Ashabul-Furud. Seterusnya, dicari siapa yang Mahjud, maka baru bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.

Golongan Ashabul-Furud mengambil pusaka menurut bahagian yang ditetapkan syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk, anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

Ashabul-Furud bermaksud waris yang menerima harta pusaka berpandukan ketetapan syarak (al-Quran, sunnah atau ijmak). Hanya waris yang layak dan lebih utama akan menerima faraid. Sekiranya waris utama tiada, barulah diberikan kepada Ashabul-Furud lain.

Berkaitan persoalan mengenai suami telah pergi buat selamanya dan dia pemilik 50 peratus bahagian ke atas sebuah rumah teres, maka pembahagian secara faraid diutamakan kepada Ashabul-Furud terlebih dahulu. Sekiranya ketika suami telah pergi buat selamanya, waris yang diutamakan menurut Ashabul-Furud adalah isteri, anak lelaki, ibu dan ayah.

Waris lain tidak layak dan terhalang dengan adanya Ashabul-Furud berkenaan. Adik-beradik suami termasuk dalam kalangan waris yang tidak layak disebabkan ada ibu, bapa dan anak lelaki berkenaan. Penulis peguam syarie

Ali Rela Undur Diri

“Keluarga saya diajar untuk tidak mengambil hak orang lain. Walaupun kami bersama-sama bekerja di dalam industri, saya tak pernah ambil duit dia. “Saya bersvmpah dengan nama Allah, kalau saya bohong, hilangkan lah nyaawa saya. Saya lagi rela pergi daripada ibu saya dihi1na sebegini,” katanya.

Ali juga menutup sesi temu bual itu dengan meminta maaf dan akan mengvndur diri daripada industri sekiranya tidak diperlukan lagi. “Harapan saya kepada semua, maafkan kami sekiranya terk4sar bahasa. Saya juga maafkan semua. Janganlah dihi1na dan dik3ji keluarga kami.

“Saya naik bukan kerana diri saya, tapi kerana Allah dan anda yang mengangkat kami adik beradik. Kalau dah tak perlukan saya, saya rela undvr diri dari industri untuk jaga mak saya. “Biar kita susah, jangan kita dih1ina,” katanya. p/s: Semoga isu ini dapat diselsaikan dengan baik. Kesian kat Balu Abam dan anak di. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Duniaakhirat

Be the first to comment on "Tak bagi pakai kereta sampai cabut roadtax dan dompet lusuh diambil. Warganet syak adik beradik Ali takut harta Abam habis ditangan isteri Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*