Kalau rasa boleh bayar Vellfire tu ambil lah. Warganet masih mengkritik Ali Puteh yang sibuk sgt hal Faraid

Baru-baru ini tindakan Ali Puteh, adik kepada Abam memuat naik status penuh emosi di Instagram mengejutkan ramai orang. Rata-ratanya marah dengan kata-kata kesat yang dikeluarkan Ali terhadap balu Abam, Hidayah. Terbaru, menerusi Ria X Ali Puteh membuat penjelasan sebenar selepas dikritik orang ramai mengenai isu did@kwa mengambil hak anak dan balu Abam.

Hutang kereta perlu diperjelaskan

Ini penjelasan Ali Puteh berkenaan isu yang diperkatakan balu abangnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan (Abam Bocey) semasa kunjungan oleh Aliff Syukri tempoh hari. Antara perkara yang dided@hkan adalah berkenaan dengan kereta, tidak boleh menghantar anak ke klinik, berkenaan dihalau keluar rumah, berkenaan harta dan lain-lain.

Kepada yang tidak berkesempatan untuk melihat penjelasan penuh Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan yang lebih dikenali sebagai Ali Puteh, adik kepada di page Ria X, di sini saya ada senaraikan ringkasannya satu per satu. 1. Telefon bimbit Abam ada maklumat kerja Abam dan maklumat hutang piutang yang perlu dijelaskan dahulu.

2. Wallet Abam diambil Ali Puteh selepas diserahkan oleh balu untuk Ali mengambil ahli SENIMAN untuk bantuan Khairat Pemergian. Wallet yang dipulangkan hanya mempunyai beberapa kad tanpa wang langsung dan tiada kad bank Abam (Maybank dan AffinBank). Balu memaklumkan tiada duit langsung dalam wallet.

3. Kad bank Abam dipegang isteri walaupun setelah mendapat persetujuan untuk diuruskan oleh Ali Puteh mengikut Faraid. Duit yang ada di dalam bank sepatutnya dikira sekali dalam pembahagian Faraid. 4. Berkenaan kereta. Abam ada dua buah kereta, Vellfire dan Myvi. Vellfire belum habis bayar dan amaun bulanannya adalah RM2500 sebulan. Jadi, ianya adalah hutang yang perlu dijelaskan.

5. Kereta kedua iaitu Perodua Myvi bukan atas nama Abam . Kereta itu dalam proses sambung bayar atas nama pakcik Abam. Pakciknya maklumkan kereta itu Abam bayar RM2,000 dan Abam sambung bayar. Abam sebelum pergi buat selamanya, telah membuat persetujuan dengan Pakciknya supaya apabila kereta itu sudah habis dibayar, perlu ditukarkan nama ke nama balu Abam.

Boleh mendatangkan fitnah

6. Maklumat berkenaan kereta Myvi ini telah dijelaskan kepada balu Abam dan proses bayaran penuh sudah pun dilakukan, hanya tunggu tukar nama. Cuma keadaan sekarang masih kelam kabut dan belum mempunyai kesempatan untuk tukar nama lagi.

7. Berkenaan isu kereta Myvi tidak boleh dibawa keluar sehingga terpaksa menghantar anak ke klink menggunakan Grab. Ali Puteh memaklumkan yang semasa hari ke empat atau ke lima selepas pemergian Abam, Ibu Abam perasan yang badan cucunya sangat panas dan mempersoalkan kenapa dia tidak dibawa ke klinik.

Driver Abam kemudiannya membawa Ibu Abam dan cucunya ke klinik dengan menaiki kereta Mvyi Abam. 8. Isu mengenai balu Abam dihalau keluar. Balu Abam sendiri yang mahu keluar bersama ibu-bapanya pada hari ke enam walaupun masih dalam Edah meskipun telah dimaklumkan yang hari ke tujuh akan diadakan tahlil untuk Abam.

9. Isu keluar sehelai sepinggang pula, Ali Puteh memaklumkan pada hari ketiga ada sumbangan kepada balu Abam yang dimasukkan terus ke dalam akaun balu Abam sendiri. Ali Puteh mempersoalkan kenapa disebarkan nombor akaunnya sendiri seperti meminta sumbangan sedangkan Abam ada tinggalkan duit yang cukup. Ia boleh mendatangkan fitnah seperti keluarga Abam tidak memberi apa-apa kepada balu Abam.

Ali Puteh menerangkan ada perbezaan antara orang datang memberi sedekah dengan meminta sedekah. Duit sumbangan itu, tiada siapa yang tahu dan tiada siapa pun yang bertanya amaunnya. Di dalam bilik Abam tiada apa-apa, termasuk duit yang disimpan, jam-jam tangan berjenama yang mahal bernilai ribuan ringgit juga sudah tiada dan dibawa keluar oleh balu. Ali Puteh menambah, di dalam Faraid, seringgit pun perlu diFaraid dan hanya ada 3 bahagian yang perlu dibahagikan, Ibunya 1/6, balunya 1/8 dan bakinya untuk anak Abam.

Keluarga Abam dikritik teruk

10. Hari ke 10 Alif Syukri telah berjumpa dengan balu Abam. Keluarga Abam tidak mempersoalkan sumbangan Alif Syukri tetapi tersentak dengan cerita-cerita Abam  yang terkeluar seperti harta, insuran, kereta kena tarik, balu keluar sehelai sepinggang dan lain-lain. Ianya menjadi fitnah kerana maklumat hanya didengari sebelah pihak sahaja dan ianya telah diwar-warkan kepada umum.

Akibatnya keluarga Abam termasuk Ibunya telah dikritik. 11. Hutang Abam yang pertama perlu dijelaskan ialah berkenaan pengurusan sebanyak RM1,500. Kemudian gaji manager, driver dan lain-lain belum dibayar lagi. Ianya adalah hutang yang perlu diselesaikan dahulu sebelum dibahagikan mengikut Faraid. Bahagian balu itu memang ada cuma pembahagian Faraid itu belum selesai.

12. Ali Puteh kesal dengan kesan video Aliff Syukri yang memberi tanggapan negatif seperti “akhirnya terbongkar segala rahsia”. Ali Puteh berkata “semasa kami hidup sangat susah, takde pun kau dan Abam ini pergi buat selamanya, menyelesaikan dia, engkau pun tak pernah datang”.

13. Ali Puteh menjelaskan inilah sebabnya kenapa dia memuat naik kenyataan yang kasar sebelum ini kerana tertekan dengan h1naan orang ramai. 14. Ali Puteh kesal kerana ada campur tangan ibu-bapa balu kerana mereka tidak tinggal sekali pun dengan balu, Abam dan Ibunya.

15. Rumah itu dibuat sendiri oleh Abam di atas tanah pembelian Abam sebelum berkahwin lagi. Rumah itu tidak termasuk di dalam harta sepencarian bersama balu Abam. Rumah itu adalah harta Abam yang perlu diFaraid. Ali Puteh memaklumkan yang dia dan adik beradik tidak akan tuntut walau secubit tanah pun.

Dengar penjelasan dari kedua dua pihak

Ali Puteh berharap kepada semua orang, janganlah dengar sebelah pihak sahaja dan beliau memohon maaf di atas kata-kata beliau. Beliau juga memaafkan segala kata-kata orang ramai dan berharap janganlah mengata ibunya kerana antara amanat Abam sebelum ini ialah supaya Ali Puteh menjaga ibunya.

Itulah serba sedikit ringkasan hampir 30 minit penjelasan dari Ali Puteh mengenai isu yang telah terbangkit sejak kunjungan Aliff Syukri bertemu balu Abam Abam. Semoga kita semua tidak terlalu cepat menghukum. Biarlah mereka sekeluarga selesaikan apa yang patut. Siapalah kita orang luar untuk masuk campur urusan ini.

Kita sering cepat menyalahkan, akibatnya selepas mengetahui keadaan sebenar pun, masih ada hati yang tidak boleh menerima. Itulah masalah hati kita sebenarnya. Rugi jika kata-kata kita menjadi dosa sedangkan ini bukan urusan kita. Kongsikan penjelasan ini supaya lebih ramai orang menjaga mulut dan hati.

Jika ada yang mempertikaikan kenapa Ali keluarkan kata-kata kesat di media sosial sebelum ini, kena faham tekanan yang dia terima. Cuba bayangkan anda berada di tempatnya. Dengan abang kesayangan yang baru sahaja pergi buat selamanya, dengan ibu yang sedang s@kit, dengan urusan Abam  yang belum selesai. Ditambah dengan mesej bertalu-talu di telefon, cacian, makian, kutukan, tuduhan kepada bukan hanya dirinya, termasuklah kepada keluarga dan ibunya sendiri.

Memang salah Ali memaki sebegitu. Saya tak nafikan. Dia pun dah minta maaf. Yang paling penting minta maaf kepada balu Abam. Empati itu satu perkataan yang kuat. Kita letak diri kita di tempat balu, letak diri kita di tempat Ali dan letak diri kita di tempat Ibu Abam. In Shaa Allah kita takkan memaki sesiapa. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber : Akhtar Syamir

Be the first to comment on "Kalau rasa boleh bayar Vellfire tu ambil lah. Warganet masih mengkritik Ali Puteh yang sibuk sgt hal Faraid"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*