Balu Abam tipu. Tak sangka Ali Puteh bongkarkan penipuan isteri Abam tentang isu harta tinggalan Abam

PELAWAK, Ali Puteh menerusi temubual di akaun Instagram @officialriax meminta semua pihak supaya tidak hanya mendengar kenyataan daripada sebelah pihak sahaja mengenai isu kakak iparnya, Siti Nurhidayah Mohd Ali yang dikatakan dian1iaya oleh keluarga Ali selepas pemergian Abam Bocey.

Dalam temu bual itu, Ali menjelaskan hal sebenar yang membuatkannya mengeluarkan kenyataan berbaur emos1i dan k4sar di Instagram terhadap Nurhidayah, semalam. “Yang membangkitkan kem4rahan saya adalah, sampai saya dih1ina. Kalau nak pergi berikan sumbangan, silakan.

Tapi, bila balu Abam bercerita perkara yang tidak sepatutnya, itu menimbulkan f1itnah sehingga ada yang menganggap saya dan keluarga ingin memb0lot harta Abam. “Jangan dengar daripada sebelah pihak untuk elak f1itnah berlaku. Ketika video temubual itu tular, saya sendiri pun tak tahu. Jadi, bila saya periksa, kami sekeluarga mendapat cembhan.

“Itu sebabnya saya keluarkan perkataan (kas4r) sebegitu. Kalau orang luar tahu perkara sebenar yang berlaku, mesti mereka akan lebih m4rah daripada saya,” katanya. Dalam video berdurasi hampir 30 minit itu, Ali menjelaskan satu persatu perkara yang disebut oleh Nurhidayah dalam video temubual bersama Datuk Seri Aliff Syukri itu.

“Sejak hari kedua selepas Abam pergi buat selamanya, saya dah berbincang dengan isterinya untuk saya menguruskan hal-hal penting dan yang paling utama adalah mengenai hutang. “Untuk isu telefon bimbit, saya yang menguruskan abang saya sebelum saya menjadi seperti sekarang. Tujuan saya meminta telefon bimbit itu adalah kerana saya tahu banyak perkara berkaitan kerjanya ada di situ.

Perlu Selesaikn Hvang

“Di situ juga saya dapat periksa kalau-kalau Abam ada sebarang hvtang yang perlu dilangsaikan. Saya dan keluarga tak perlukan pun telefon itu kerana masing-masing, Abam dah belikan telefon bimbit,” katanya. Untuk isu berkaitan dompet Abam yang diambil daripada Nurhidayah, Ali memaklumkan tujuannya adalah untuk mendapatkan maklumat kad ahli Seniman.

“Bila dicerita bahawa kami mengambil dompet milik Abam daripadanya, ia umpama satu benda besar. Sebenarnya, saya terima panggilan daripada seorang sahabat yang inginkan maklumat mengenai nombor keahlian Persatuan Seniman yang dianggotainya untuk menguruskannya.

Wang dan Kad Bank Sudah Diambil

“Bila saya terima dompet itu, yang ada cuma kad-kad biasa, tanpa wang dan juga kad-kad bank. Jadi, bila saya tanya kepadanya, dia cakap tak ada duit dan Abam tak ada tinggalkan apa-apa. “Mustahil kerana saya bersama Abam selama 31 tahun dan saya tahu abang saya memang sentiasa akan ada duit bersamanya. Saya pesan kepadanya, kalau termakan duit itu, itu kes1ilapan kerana belum faraid apa-apa.

“Dia juga pegang kad bank Abam. Saya tanya kenapa dia buat begitu sedangkan kita dah berbincang untuk saya uruskan semuanya. Kalau dia takVt saya ambil duit dari akaun Abam, tak ada gunanya sebab kalau seseorang sudah pergi buat selamanya, akaunnya akan disekat. Saya cuma nak kumpul semuanya untuk tujuan faraid,” katanya.

Menyambung sesi temu bual, Ali bercerita mengenai isu kereta yang ditimbulkan Nurhidayah.

“Abam ada dua kereta iaitu Toyota Vellfire dan Perodua Myvi. Vellfire itu saya dan Abam yang susun dan beli. Bila dia telah pergi buat selamanya, itu adalah hVtang. Saya dah terangkan kepada isterinya mengenai amaun bayaran bulanan dan sekiranya dia mampu, dia boleh menyambung bayar.

“Saya pun dah ada banyak kereta. Buat apa saya nak ambil kereta itu? Satu lagi kereta adalah MyVi yang disambung bayar oleh Abam daripada pakcik kami. Sebelum Abam telah pergi buat selamanya, dia ada meminta pakcik saya untuk kirakan berapa jumlah baki hVtang.

“Dia juga meminta supaya bila dah selesai bayar, dia nak tukarkan nama pemilikan MyVi itu kepada isterinya. Benda itu pun saya dah terangkan kepada isterinya. Tapi, sementara itu saya yang bertanggungjawab menyusun semuanya supaya lebih mudah urusan selepas ini,” katanya. Isu lain adalah mengenai Nurhidayah yang did@kwa terpaksa membawa anak ke klinik dengan menaiki Grab.

Hari Keempat

“Hari keempat, dia bersama kedua ibu bapanya masih berada di rumah Abam bersama ibu saya. Saya pun berada di situ untuk menjaga ibu saya. Mustahil ada isu untuk membawa anak ke klinik kerana ibu saya yang memintanya membawa anak ke klinik kerana demam.

“Jadi, pemandu Abam membawa ibu saya dan anak arwah ke klinik dengan menaiki MyVi. Dari mana datangnya cerita dia terpaksa membawa anak ke klinik menaiki Grab? Mustahil saya tak izinkan dia bawa kereta,” katanya. Menyentuh mengenai d@kwaan yang mengatakan Nurhidayah dihalaV keluar dengan sehelai sepinggang, Ali menafikan perkara itu.

Hari Keenam

“Dia sendiri yang nak keluar dari rumah. Kalau mengikut hVkum, tempoh edah adalah selama empat bulan 10 hari. Tapi, pada hari keenam, dia ambil keputusan untuk keluar bersama keluarganya. “Saya beritahu dia bahawa esok adalah hari ketujuh Abam telah pergi buat selamanya dan nak diadakan majlis tahli1.

Saya tak tahu, mana isi hati dan keperibadian dia sebagai balu. Dia tetap nak balik pada petang Sabtu itu juga. “Untuk isu sehelai sepinggang pula, itu mustahil kerana biliknya tak ada barang termasuklah wang-wang tabungan serta koleksi jam tangan mahal milik Abam. Semuanya dibawa bersama,” katanya.

Kata Ali, sebagai orang Islam, dia tahu hukum agama mengenai hak waris dan keluarga yang kehilangan.

“Dalam hVkum agama, walaupun harta yang ada cuma RM1, itu pun faraid. Faraid yang saya tahu, ada tiga bahagian. Satu perenam adalah untuk ibu, satu perlapan adalah untuk isteri dan selebihnya untuk waris lelaki. Jadi, saya dan adik beradik lain tak ada hak pun dalam kesemua harta Abam.

“Cumanya, persetujuan yang dibuat pada hari kedua adalah untuk saya membantu menyusun proses faraid itu supaya lebih mudah dan dia sendiri pun bersetuju,” katanya. Menjelaskan tindakannya mengeluarkan kata-kata kas4r dan beremos1i terhadap Aliff, Ali berkata itu adalah sebagai pengajaran buat usahawan itu.

“Semasa kami hidVp sVsah, kau tak ada muncul pun. Sewaktu Abam pergi buat selamanya, kau tak pernah datang melawat. Bila perkara begini berlaku, macam kau jadi hero. “Keluarga saya diajar untuk tidak mengambil hak orang lain. Walaupun kami bersama-sama bekerja di dalam industri, saya tak pernah ambil duit dia.

“Saya bersumpah dengan nama Allah, kalau saya boh0ng, cabutlah. Saya lagi rela pergi daripada ibu saya dih1ina sebegini,” katanya. Ali juga menutup sesi temu bual itu dengan meminta maaf dan akan mengundur diri daripada industri sekiranya tidak diperlukan lagi.

“Harapan saya kepada semua, maafkan kami sekiranya terk4sar bahasa. Saya juga maafkan semua. Janganlah dihi1na dan dik3ji keluarga kami. “Saya naik bukan kerana diri saya, tapi kerana Allah dan anda yang mengangkat kami adik beradik. Kalau dah tak perlukan saya, saya rela undur diri dari industri untuk jaga mak saya.

“Biar kita svsah, jangan kita dihi1na,” katanya. Sementara itu, hasil tinjaun di IG Hidayah, beliau hanya berkongsi mengenai perkembangan anak beliau

Hidayah Luah Rasa

Alahai Hamzah baru dapat tidur, mujur Kucing ini menjadi peneman setiap Kali Hamzah tidur, bila hamzah nangis Kucing ni akan masuk bilik datang cium dia, lepas cium dia pun tidur sebelah hamzah.. Alhamdulillah Allah hadirkan Kucing untuk Hamzah..

Sebelum ini ket3gangan antara keluarga Abam Bocey ini nampaknya semakin lama semakin par4h apabila ramai reaksi memberikan komen kurang senang terhadap tindakan Ali Puteh ini. Dalam hal ini ramai yang lebih berpihak kepada Dato’ Aliff Syukri berikutan dengan tindakannya yang ‘b0ongkarkan’ rahsia terhadap apa yang berlaku dekat balu Abam, Nor Hidayah.

Jadi, ada pro dan kontra dalam hal ini. Walaupun soalan mengenai perebbtan harta sangat sensit1if, terutamanya kbbur arwah masih merah, namun dengan soalan itu juga ia mended@hkan perkara sebenar. Jadi, adalah juga gunanya Aliff Syukri ni. Macam wartawan Melodilah pula rasanya Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Sumber: Duniaakhirat

Be the first to comment on "Balu Abam tipu. Tak sangka Ali Puteh bongkarkan penipuan isteri Abam tentang isu harta tinggalan Abam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*