Selepas kehilangan suami tak sangka ini keadaan terkini Bunga Citra Lestari buat warganet terkedu.

Pemergian suami secara mengejut, sehingga kini masih lagi memberi kesan yang cukup mendalam di hati Bunga Citra Lestari (BCL), selepas Ashraf Sinclai disahkan pergi menghadap illahi. Menurut penyanyi Afgan, yang juga merupakan kenalan baik BCL dan Ashraf, memberitahu kepada media bahawa sahabatnya itu masih belum boleh tidur sejak pemergian suaminya itu, Selasa lalu.

Afgan ditemui ketika menghadiri majlis Majlis tahlil yang berlangsung secara tertutup itu dihadiri ahli keluarga dan beberapa rakan selebriti. Tambah Afgan, dia melihat keadaan BCL sangat penat sekali sehingga mengganggu tidurnya. Justeru, penyanyi itu mula risau dan bimbang ia akan menjejaskan kesihatan sahabatnya itu.

Bagaimana pun, setelah tiga hari pemergian Ashraf Sinclair, kelihatan emosi BCL dan juga anak lelakinya iaitu Noah sudah mula bertambah tenang dan baik. “Tadi BCL tampak lebih baik, sudah boleh berbual. Noah juga bertambah baik, sudah mula berbual. Ramai tetamu membawa anak kecil mereka bersama untuk menemani Noah bermain…”

Kehilangan itu memang menyakitkan dan memeritkan, diharapkan BCL dan Noah kuat dan tabah untuk menempuh satu kehidupan baru. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Berita Harian

Be the first to comment on "Selepas kehilangan suami tak sangka ini keadaan terkini Bunga Citra Lestari buat warganet terkedu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*