Perlu yakin dengan ank. Mawar Rashid tampil bongkarkan pengalaman bawa ank pergi umrah.

Aktres Mawar Rashid berkongsi pengalaman mengerjakan umrah bersama anak lelakinya, Raden Muhammad Rafael. Kata Mawar, apa yang penting adalah tidak terlalu memikirkan perkara negatif dan yakin dengan anak masing-masing.

“Nak cerita sikit pengalaman Mawar bawak baby pergi umrah. Alhamdulillah semua dipermudahkan. Harap golongan ibu yang nak bawak baby dapat belajar sesuatu daripada cerita ini. “Jadi ibu, memang normal awal-awal tu kita akan banyak fikir, kadang-kadang rasa gementar sikit. 

“Tapi jangan terlampau overthinking tau! Kita sebenarnya kene yakin dengan anak kita dan yakin semua akan dpermudahkan.  “Mawar memang tak nak dan tak fikir anak ni buat susah apa semua. Dan Alhamdulillah memang senang sepanjang buat umrah. Rafael good boy sangat,” tulisnya di Instagram (IG) miliknya.

Dalam pada itu, pelakon drama TQ Captain itu mengingatkan supaya membuat persiapan awal dari segi keperluan anak yang akan dibawa. “Persiapan pun terpenting tu. Buat list awal apa yg perlu bawak. Makan minum anak jugak.  “Kalau boleh plan siap-siap. Kalau still makan baby food, kene bawak la cooler bag semua.

“Macam Rafael ni dia nak merangkak, jadi masa kita solat tu, kite pakai kan yang tali ikat tangan kita and pakaikan kat badan Rafael. “Bawak alat mainan kat dia jadi dia boleh main-main. Bukak kan cartoon ke bg dia tengok masa kite solat tu.

“Masa umrah pulak. First umrah kitorang semua tawaf betul-betul kat kaabah, time tu boleh bawak stroller. Alhamdulillah sebab tak pack sangat kot. “Umrah kedua tu, Mawar bawak Rafael tawaf pakai motor tu. Umrah ketiga Mawar buat berdua je dengan Raf. Tawaf macam biasa. 

“Keseluruhan Mawar happy sangat Rafael tak nangis, Rafael ni memang suka keluar jalan-jalan. Kat dlm hotel je dia cranky nak suruh bawak dia keluar rumah. Haha,” tulisnya lagi. Selain Mawar, suaminya, Raf Yaakob serta anak mereka, Rafael turut sama berangkat ke Tanah Suci Makkah pada 11 Februari lalu untuk mengerjakan ibadah umrah.

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!

Be the first to comment on "Perlu yakin dengan ank. Mawar Rashid tampil bongkarkan pengalaman bawa ank pergi umrah."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*