Isu hak cipta lagu sumpah tak pernah selesai. Tak sangka ini komen padu dari Dayana buat warganet terkedu.

Bekas kekasih Naim Daniel, Dayana Amerda mengatakan penyanyi itu tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan jelas menafikan bahawa lagu Sumpah merupakan lagu ciptaan mereka berdua. Sebaliknya, Dayana atau nama sebenarnya, Siti Amirah Dayana Mohd. Amerullah, 21, berkata, Naim hanya asyik mengeluarkan kenyataan bahawa isu itu sudah selesai sahaja walaupun hakikat sebenar perihal hak cipta lagu itu belum lagi menemui kata sepakat.

“Sebenarnya tentang hak cipta itu tak selesai lagi, tapi di setiap temu bualnya (bersama wartawan)  kita boleh tengok penyanyi itu asyik cakap isu itu dah selesai..dah selesai..itu sahaja jawapan yang kita biasa dengar. “Tak ada satu kenyataan yang jelas pun (daripada Naim) yang mengatakan sama ada ‘Dayana tak terlibat langsung pun dalam lagu Sumpah,’ atau ‘Ya, betul dia terlibat dalam lagu Sumpah’,” katanya kepada Gempak.

Menurut Dayana lagi, dia tidak akan berani untuk berdepan secara terbuka membuat pengakuan jika apa yang diperkatakan itu tidak benar. “Ya betul (saya buat lagu).Kalau tak, saya mesti takut nak buat sidang media ni, mesti saya takut nak ambil tindakan,: katanya.

Kata Dayana, dia bersama-sama Naim menghasilkan lagu itu ketika dia masih berumur 16 tahun lagi. Terdahulu, Dayana menuntut agar Naim bertindak jujur kepada umum bahawa lagu itu merupakan lagu ciptaan mereka berdua.

Isu pertikaian hak cipta lagu Sumpah tercetus sekitar Julai tahun lalu apabila lagu itu dikatakan menceritakan kisah percintaan mereka. Lagu Sumpah dikatakan dicipta bersama pada tahun 2015 ketika mereka sedang menjalin hubungan cinta.

Be the first to comment on "Isu hak cipta lagu sumpah tak pernah selesai. Tak sangka ini komen padu dari Dayana buat warganet terkedu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*