Doktor nasihatkan suruh bawa kerusi roda tapi isteri degil. Tak sangka ini yang terjadi ada Ardell sampai dia terduduk macam tu.

MENGHITUNG hari menantikan kelahiran cahaya mata pertama, pelakon Nadzmi Adhwa berkongsi keadaan isterinya, Ardell Aryana yang sedang sarat hamil tujuh bulan. Nadzmi berkata biarpun doktor menasihati Ardell menggunakan kerusi roda berikutan dikhuatiri pengsan pada bila-bila masa namun isterinya itu tetap berdegil.

Bagaimanapun, Nadzmi tetap memberi sokongan kepada isterinya yang gemar mencabar diri untuk berjalan lebih dua kilometer dalam masa satu hari.

“Doktor kata bila-bila masa saja dia boleh pengsan walaupun waktu sedang duduk. Doktor suruh bawa kerusi roda kalau keluar tapi degil. “Come on sayang awak boleh buat. Dia selalu cabar diri dia jalan kaki dua kilometer lebih sehari kuat betul semangat dia ini tapi tak tercapai.

“Tak apa sayang cuba lagi, cuba lagi dan cuba lagi! Awak boleh! Awak salah seorang wanita paling kuat yang saya pernah jumpa sejak kita jadi kawan baik beberapa tahun lalu,” katanya. Nadzmi turut memuat naik video yang memperlihatkan Ardell sedang duduk berehat di ruang barangan elektrik di sebuah pusat membeli-belah.

Rata-rata warganet berharap Ardell mendengar nasihat doktor agar tidak memudaratkan diri serta bayi dalam kandungannya. Selain itu, ada juga segelintir warganet yang berkongsi pengalaman mereka mengalami masalah yang sama ketika sedang sarat mengandung.

“Kalau memudaratkan untuk ibu dan bayi, ada baiknya ikut nasihat doktor ya Ardell. Apa-apa pun korang lebih tahu keadaan diri masing-masing. “Harap terus kuat dik… jaga kesihatan tu, ikut nasihat doktor. Moga Allah kurniakan kekuatan, ketabahan dan kesihatan yang baik buatmu dalam apa juga keadaan.

Ardell dan Nadzmi bakal timang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

“Ya. Saya pernah pngsan masa kandungan empat bulan. Jatuh hempap troli lebam habis badan. Setiap kali nak pitam, saya mesti terus terduduk takut nak berdiri,” komen warganet. Menerusi laporan mStar pada 20 Disember tahun lalu, Nadzmi berkongsi berita gembira isterinya sedang hamil empat bulan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 1 September tahun lalu di kediaman keluarga belah perempuan di Seri Kembangan, Selangor. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!!ayq

Be the first to comment on "Doktor nasihatkan suruh bawa kerusi roda tapi isteri degil. Tak sangka ini yang terjadi ada Ardell sampai dia terduduk macam tu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*