Mak dia ada telefon secara peribadi. Akhirnya ibu Dayana Amerda tampil buka mulut bongkarkan sesuatu tentang keluarga Naim Daniel buat warganet terkedu.

Ibu kepada Dayana, Che Rohaida Che Daud mengatakan keluarga Naim Daniel ada menghubunginya meminta agar sidang media berkaitan hak cipta lagu Sumpah yang berlangsung semalam tidak diteruskan. Namun, menurut Rohaida, dia tidak mengendahkan permintaan daripada ahli keluarganya kerana mahu menjelaskan kepada umum hal yang sebenar.

“Mak dia ada menelefon saya secara peribadi, tapi saya tidak jawab. Dia telefon untuk minta tak teruskan (sidang media), saya memang tak angkat sebab nanti saya tak ada bukti. “Jadi, saya hanya voice note sahaja. Saya nak biar ada pengakuan. Kalau dengar voice note, boleh nilai sendiri, bukti dah ada kat situ,” katanya kepada Gempak.

Menurut Rohaida, Naim juga ada menghubunginya, namun, dia meminta agar penyanyi itu tidak mengganggu sehingga perjalanan sidang media semalam selesai. “Naim pun ada menelefon saya, saya cakap biar saya jalankan sidang media saya terlebih dulu. Saya pun ada screenshot pasal peratusan apa semua tu.

“Tiba-tiba petang (kelmarin) tu dia keluar video. Dia play game lah kat situ. Saya pun tak tahu apa dia nak, nak raih (perhatian) peminat yang selalu sokong dia kot. “Saya masih bersabar dan diam. Saya cakap jangan ganggu saya sampai saya buat sidang media,” katanya.

Terdahulu, Naim ada memuat naik sepotong video di akaun Instagram miliknya menyentuh isu hak cipta berkaitan lagu tersebut. Semalam, Dayana membuat sidang media khas menuntut agar lagu Sumpah didaftarkan sebagai lagu ciptaan mereka berdua.

Isu pertikaian hak cipta lagu Sumpah tercetus sekitar Julai tahun lalu apabila lagu itu dikatakan menceritakan kisah percintaan mereka. Lagu Sumpah dikatakan dicipta Dayana dan Naim bersama pada tahun 2015 ketika mereka sedang menjalin hubungan cinta.

Sumber: Gempak

Be the first to comment on "Mak dia ada telefon secara peribadi. Akhirnya ibu Dayana Amerda tampil buka mulut bongkarkan sesuatu tentang keluarga Naim Daniel buat warganet terkedu."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*