Tak sangka ini ini ucapan mengejut dari ayah Ashraf Sinclair pada Bunga Citra Lestari sampai menangis dia depan tanah persemadian suaminya.

Ucapan ayah kepada Ashraf Sinclair, Mohamed Anthony John Sinclair sejurus berakhir urusan anaknya itu benar-benar menyentuh hati, lapor portal Kompas.Mewakili keluarganya, Mohammed berterima kasih kepada semua yang hadir memberi penghormatan terakhir kepada anaknya.

Dalam ucapan yang sama, Mohammed turut merakamkan penghargaan buat menantunya, BCL yang pernah membina kehidupan sebagai isteri kepada Ashraf. “Terima kasih buat kalian semua yang hadir, begitu banyak orang di sini. Bunga (BCL) terima kasih telah mencintai anak saya,” ucap ayah Ashraf disambut dengan esakan Bunga.

Sebelum ucapan Mohammed, suasana pilu menyelubungi Tanah Persemadian San Diego Hills, Karawangan, Jawa Barat saat Ashraf di uruskan. Tangisan anak tunggal Ashraf hasil perkahwinan dengan Bunga, Noah Aidan Sinclair turut meruntun hati kaum keluarga dan rakan-rakan yang menghadiri majlis aktor berusia 40 tahun itu. Ashraf menghembuskan nafas terakhir pada awal pagi Selasa akibat sakit jantung. Pemergian Ashraf ke negeri abadi mengejutkan seluruh peminat seni Malaysia dan Indonesia.

Sumber : astro awani

Be the first to comment on "Tak sangka ini ini ucapan mengejut dari ayah Ashraf Sinclair pada Bunga Citra Lestari sampai menangis dia depan tanah persemadian suaminya."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*