Tak boleh hidup tanpa Ashraff. Bunga Citra Lestari luah sesuatu buat warganet sebak.

Pemergian pelakon Ashraf Sinclair secara tiba-tiba telah mengejutkan industri hiburan, apabila dimaklumkan bahawa Ashraff pergi akibat sakit jantung. Sedangkan kita juga masih tidak percaya dengan berita duka ini, apatah lagi isteri iaitu penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari atau lebih dikenali sebagai BCL.

Umum sedia maklum, keharmonian dan kemesraan dalam rumah tangga Ashraf Sinclair dan BCL sering menjadi tumpuan ramai. Namun begitu, penyanyi 36 tahun itu, mengakui bahawa kehidupan rumah tangganya sama seperti pasangan suami isteri yang lain pada umumnya.

Pasti kini perit yang dirasai oleh BCL, mengimbau kembali saat temubual ketika Ashraff masih hidup, BCL pernah memberitahu dia tidak dapat membayangkan hidup tanpa Ashraf di sisinya. “Sampai sekarang, aku tidak bisa membayangkan hidupku tanpa Ashraf. Sampai sekarang, pandangan aku masih seperti itu…”

Sebagai seorang isteri, begitu utuh perasaan cinta BCL terhadap Ashraf, semoga BCL terus kuat dan tabah menjalani hidup tanpa kehadiran suami yang amat dicintainya. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Kumparan

Be the first to comment on "Tak boleh hidup tanpa Ashraff. Bunga Citra Lestari luah sesuatu buat warganet sebak."

Leave a comment

Your email address will not be published.


*